Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN (AGAB)

Perlu terus gigih lestari bahasa Melayu, khususnya dalam golongan muda

Nov 07, 2021 | 05:30 AM



SEDANG Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) menyambut ulang tahunnya ke-15 tahun ini, usaha gigih perlu terus dijalankan untuk melestari bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan golongan muda.



Berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian anugerah itu semalam, pengerusi bersama jawatankuasa penganjur Agab 2021, Encik Saat Abdul Rahman, yang juga Editor Berita Harian/Minggu, berkata Agab telah mengiktiraf guru yang menjadi pengemudi bahasa, budaya dan sastera Melayu sepanjang 15 tahun lalu.



Guru yang menerima Agab bukan menghidupkan dan menyemarak penggunaan bahasa Melayu dalam bilik darjah sahaja, malah menjadi suri teladan bagi guru bahasa Melayu lain, ujarnya.



"Sempena kita meraikan tahun ke-15 Agab, adalah penting bagi kita saling mengingatkan bahawa perjuangan kita belum berakhir.



"Dengan sekitaran yang tidak mengizinkan banyak peluang buat pelajar kita menggunakan bahasa Melayu, usaha kita menjadi lebih mencabar.



"Semoga guru bahasa Melayu kita akan terus bersemangat mempertingkat usaha mereka dalam melestarikan bahasa Melayu," kata Encik Saat.



Menarik perhatian mengenai pentingnya peranan guru dalam pembangunan murid, Encik Saat berkata beliau sendiri tidak lupa bagaimana guru Bahasa Melayunya dahulu dianggap sebagai pembimbing bukan di dalam sahaja bahkan luar bilik darjah.



Beliau turut menekankan pentingnya kerjasama untuk memajukan satu usaha bersama.



Encik Saat berkata Agab merupakan satu contoh baik hasil kerjasama pelbagai pihak, termasuk Kementerian Pendidikan (MOE), Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM) dan Berita Harian.



Majlis hibrid itu berlangsung secara fizikal di Max Atria, Singapore Expo, dan dalam talian.



Turut hadiri di Maz Atria ialah presiden PGBM, Encik Wan Imran Mohamed Woojdy, dan dua pengerusi bersama jawatankuasa penganjur Agab 2021, iaitu naib presiden PGMS, Encik Abdul Harris Sumardi, dan ahli MLLPC, Cik Salbiah Abas.



Seorang lagi pengerusi bersama, Profesor Madya Mohd Mukhlis Abu Bakar, yang juga ahli MBMS, menyertainya dalam talian.



Dalam ucapannya, Encik Saat juga berkata Agab adalah satu pengiktirafan bagi sumbangan dan kecemerlangan guru Bahasa Melayu, sekali gus meningkatkan martabat mereka ke arah visi Arif Budiman, insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat.



"Dengan usaha dan iltizam yang tinggi untuk melestarikan dan memajukan bahasa, sastera dan budaya Melayu, penerima anugerah Agab merupakan suri teladan kepada guru bahasa Melayu yang lain.



"Mereka memikul amanah untuk menarik minat dan memupuk rasa sayang akan bahasa dan budaya Melayu dalam kalangan anak-anak bangsa dan pelapis kita pada masa hadapan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >