ANUGERAH BIASISWA BCA-ITE

Perlu tingkat kemahiran hadapi transformasi bidang binaan

Baru-baru ini 108 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah dianugerahkan biasiswa bidang alam bina atau 'built environment' oleh Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA)-ITE sebagai usaha industri tersebut membina keupayaan tenaga kerja dalam sektor lif dan eskalator. Dua pemuda yang menerima biasiswa itu menceburi bidang itu kerana percaya akan peluang pekerjaan yang disediakan industri tersebut. Laporan FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg)

SERAMAI 108 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah menerima biasiswa bidang alam bina atau built environment Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA)-ITE tahun ini.

Mereka menerima biasiswa itu daripada Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Encik Desmond Lee, dalam satu majlis yang diadakan di ITE Kolej Central pada Isnin lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan