Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu waspada daripada jadi mangsa agenda ganas golongan ekstremis: Faishal

Aug 27, 2021 | 10:30 PM



Warga Singapura perlu kekal berwaspada daripada menjadi mangsa naratif yang diputarbelitkan, terutamanya yang mengambil kesempatan ke atas kejadian dunia untuk mempromosikan agenda ganas atau berunsur ekstremis, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim semalam.

Dalam pada itu, perlu untuk menetapkan had dalam melakukan sesuatu tindakan, termasuk memuatnaik pos dalam talian yang menyokong atau menggalakkan keganasan, atau yang mengancam fabrik sosial serta keharmonian masyarakat Singapura.

Ini menyusuli perkembangan di Afghanistan yang menjadi keprihatinan keselamatan bagi Singapura serta rantau ini.

Dr Faishal menekankan demikian sewaktu seminar hibrid ‘Memperkukuh Perpaduan Sosial Pascapandemik’, anjuran Taman Bacaan dengan kerjasama Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), yang bertujuan mendekati belia.  Menurut beliau, keadaan di Afghanistan telah mendorong beberapa kumpulan ekstremis yang ganas dalam rantau ini, yang melihat pengambilalihan Taleban sebagai kemenangan propaganda jelas yang boleh digunakan untuk menarik orang bagi tujuan mereka.

“Perpaduan sosial tidak berlaku secara semula jadi bagi Singapura yang berbilang bangsa dan berbilang agama.

“Bangsa dan agama adalah perkara semula jadi yang boleh menyebabkan rekahan semula jadi dan pemimpin politik serta nenek moyang kita telah bekerja keras baginya sepanjang dekad-dekad lalu.

“Keamanan dan keharmonian yang anda dan saya nikmati hari ini adalah kerja keras Generasi Perintis dan Merdeka kita.

“Kita patut menghargai dan melindunginya supaya generasi akan datang dapat meraih manfaat,” katanya.  



Selain Dr Faishal, anggota panel terdiri daripada Encik Abdul Halim Kader, BBM, Presiden Taman Bacaan, Cik Zuraidah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Dr Mohamed Ali, Naib Pengerusi RRG, Pastor Andrew Khoo, CEO New Hope Community Services dan Pengerusi  Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Divisyen Chong Pang, Ustaz Ahmad Saiful Rijjal, Zamil Penyelidik Bersekutu RRG, dan Ustaz Ahmad Helmi Hasbi, Penganalisis Penyelidikan RRG.



Orang ramai boleh menyaksikan seminar tersebut di https://www.facebook.com/tamanbacaansg/videos/576447476871364.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >