Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BAHAS BELANJAWAN

Perluas peranan melebihi hanya sebagai asatizah

Mar 10, 2021 | 05:30 AM



APABILA Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Rahmat menyertai Masjid Al-Mukminin sekitar setahun lalu sebagai Pegawai Dakwah Masjid (MRO), beliau kurang pasti bagaimana beliau dapat membangunkan kerjaya melebihi peranan yang dipegangnya sekarang.



Namun selepas menghadiri bengkel Rangka Kerjaya dan Kecekapan Asatizah (CCF), beliau mula sedar tentang pelbagai peluang yang boleh diraihnya dalam sektor keagamaan.



"Saya kini lebih sedar laluan seorang asatizah itu sebenarnya pelbagai.



"Pada awalnya saya sangkakan peranan asatizah antaranya hanya menjadi imam masjid sahaja. Tetapi menerusi bengkel ini, saya mula mengetahui bahawa saya boleh membangunkan kemahiran saya dan menceburi bidang lain seperti menjadi pegawai belia ataupun pegawai pembangunan sosial," kongsinya.



Dalam ucapan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa bahas belanjawan di parlimen kelmarin, beliau telah menekankan tentang peri pentingnya masyarakat terus melabur dalam golongan asatizah setempat.



Menurut Ustaz Hafiz, 27 tahun, menjadi MRO merupakan pekerjaan pertamanya dan beliau tidak tahu apakah arah tujunya dalam kerjaya beliau pilih itu.



Anak sulung tiga beradik yang telah menuntut di Kuwait sekitar 10 tahun lalu dalam bidang fiqh dan usul fiqh itu berkata menerusi bengkel yang dihadirinya ia membuka matanya tentang adanya kursus-kursus yang boleh diikutinya untuk meningkatkan kemahirannya.



"Kalau boleh saya ingin meningkatkan kemahiran komunikasi saya. Ini kerana dalam pekerjaan saya, saya dapati banyak kali kami perlu berinteraksi dengan jemaah untuk menjawab segala pertanyaan mereka serta cara terbaik untuk merespon kepada mereka.



"Semua ini adalah sesuatu yang tidak diajar di dalam buku teks. Selain pengalaman, ia juga memerlukan seseorang pegawai masjid mempunyai tahap komunikasi yang baik, lancar dan jelas," kata beliau.



Dengan peluang yang diberikan, Ustaz Hafiz berkata beliau akan memanfaatkan sepenuhnya untuk membantu masyarakat menerusi pengetahuan keagamaan yang telah dipelajarinya sebelum ini.



"Untuk membantu masyarakat daripada aspek kerohanian, adalah penting juga untuk asatizah keluar daripada kepompong mereka bagi mempelajari kemahiran baru agar dapat mendekati jemaah dengan lebih baik lagi.



"Lebih-lebih lagi dengan Covid, asatizah perlu dilengkapi dengan kemahiran digital juga misalnya, agar tidak ketinggalan dalam menyampaikan ajaran kepada masyarakat mengikuti cara dan trend terkini," ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >