DALAM usaha menangani penyebaran fahaman ekstrem berbahaya, negara seperti Singapura dan Timur Tengah perlu melihat di luar paradigma isu berkaitan pertahanan konvensional, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan dan Hal Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.
Terdapat juga keperluan membentuk tindak balas naratif bagi propaganda pelampau terutamanya melalui media sosial, kata Dr Maliki yang baru pulang dari Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Mesir.