Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permaidani sambut pengunjung di Arab Street

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



BIASANYA anda boleh didenda jika menconteng pada harta benda awam, tetapi pada hujung minggu lalu beberapa pengunjung di sekitar Arab Street termasuk kanak-kanak dilihat begitu bebas menconteng jalan raya menggunakan kapor warna-warni meluahkan ekspresi mereka.



Bahkan di jalan raya yang ditutup daripada lalu lintas itulah, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai permainan papan yang diletakkan di jalan, seperti "Snake and Ladder", "Twister" dan sesi melukis pada wajah.



Suasana temasya yang cukup santai dirasai di sepanjang Arab Street dan kawasan sekitarnya apabila acara Hari Park(ing) berlangsung pada hujung minggu lalu.



Hambal dan permaidani dibentang di sepanjang jalan raya, membolehkan orang ramai duduk bersila sambil menikmati pelbagai hiburan yang disediakan.



Sebanyak 69 PARK telah memenuhi kawasan Bugis dan Kampong Glam; 53 daripadanya dicipta oleh pelajar dari 14 sekolah - penyertaan terbesar sejauh ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) minggu lalu.



Antara yang mengambil bahagian tahun ini ialah pelajar dari Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa), Universiti Teknologi Singapura (NTU), Universiti Nasional Singapura (NUS), Sekolah Perempuan CHIJ St. Nicholas, Sekolah Victoria, Sekolah Tinggi Dunman, dan Maktab Rendah Eunoia.



Dimulakan oleh pelajar Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD) pada 2013, mereka kini berperanan sebagai mentor dan fasilitator rakan sebaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >