Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permainan tradisional semarak sambutan Hari Keharmonian Kaum

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



BERBAJU tradisional sebagai meraikan kepelbagaian etnik di Singapura.



Ini yang biasanya diadakan di sekolah sempena Hari Keharmonian Kaum setiap tahun.



Murid Prasekolah Pusat Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots@ Pasir Ris West di Blok 517 juga tidak ketinggalan menyambut hari itu semalam dengan bermain permainan tradisional seperti batu serembat, capteh, bola kertas dan macam-macam lagi.



Sambutan itu bukan saja disertai 75 murid, ibu bapa dan guru prasekolah itu, malah 24 warga tua dari Rumah Penjagaan Tampines menerusi wadah Zoom.



Pengetua Utama cawangan PCF itu, Cik Noriyaton Mohd Yunos, berkata:



"Tambah menarik semasa perayaan tahun ini persembahan tarian oleh kanak-kanak di sini yang melibatkan warga tua dari Rumah Penjagaan Tampines."



Ketika persembahan itu, warga tua dari rumah penjagaan itu telah turut serta dengan memainkan loceng tangan mengikut rentak persembahan tersebut.



Antara lain, murid prasekolah itu akan turut dapat mencuba makanan seperti ubi sebagai snek untuk memahami pengalaman sukar yang dilalui oleh datuk dan nenek mereka dahulu.



"Dalam dunia pelbagai budaya ini, pembelajaran tentang budaya dan warisan lebih penting sekarang berbanding dulu.



"Sebagai pendidik, kami membimbing anak-anak untuk belajar menghargai budaya dan warisan menerusi pendedahan kepada buku cerita yang merangkum pelbagai budaya dan kepelbagaian (etnik) di Singapura dan di seluruh dunia," tambah Cik Noriyaton.



Beliau berkata sambutan kali ini lebih bermakna bagi murid-murid kerana ia disambut bersama warga tua.



"Menerusi program antara generasi ini, kami harap anak-anak dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik akan kehidupan warga tua dahulu dan pada masa yang sama, warga tua juga dapat mengimbas dan mengenang memori kanak-kanak mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >