CATATAN INFOGRAFIK
Permata Baitulmakdis
Baitulmakdis merupakan salah satu daripada tiga tempat yang paling suci dalam Islam selain Makkah dan Madinah. BERITA MINGGU menyingkap sejarah keistimewaan tempat ini sempena lawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong baru-baru ini ke kota bersejarah dalam rangka lawatan rasminya ke Timur Tengah.
May 01, 2016 | 05:30 AM
HARI semakin senja.
Sekitar perkarangan Al-Haram Al-Sharif kian lengang kecuali beberapa remaja yang sedang duduk-duduk di situ. Mereka rancak berbual, tapi dengan nada perlahan. Mungkin menghormati kesucian kawasan tersebut.