Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERMATA hati peniaga

Persatuan Peniaga Permata Singapura dirasmi dengan 31 anggota
Feb 26, 2021 | 05:30 AM



Persatuan Peniaga Permata Singapura (GTAS) dirasmikan baru-baru ini dengan badan tersebut ditubuhkan untuk membangunkan industri intan permata di sini. Dianggotai 31 syarikat buat masa ini, GTAS berusaha bekerjasama dengan dewan perniagaan seperti Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) untuk membantu para peniaganya. BERITA HARIAN mengetengahkan beberapa peniaga intan permata yang sudah lama berada dalam industri tersebut di Singapura.



ENAM tahun setelah idea tersebut kali pertama tercetus, Persatuan Peniaga Permata Singapura (GTAS) akhirnya dirasmikan baru-baru ini dengan seramai 31 anggota daripada perniagaan batu permata di sini.



Menurut presiden persatuan tersebut, Encik Mohamed Bilal Ahmed Meeran, perdagangan intan permata merupakan industri yang telah wujud di sini lebih separuh abad.



Pada masa ini, pedagang permata dan barang perhiasan di Singapura telah memperluas hubungan perniagaan mereka dengan hab batu permata di Asia seperti Sri Lanka, Thailand dan Hong Kong.



Namun, lebih banyak mahu dicapai untuk meningkatkan lagi taraf industri tersebut di sini, jelas Encik Mohamed Bilal.



"Sebab pertubuhan GTAS ialah untuk memasarkan batu permata asli dengan harga yang berpatutan dan membangunkan peluang bagi ahli-ahli kita mengambil bahagian dalam pertunjukan permata dan barang perhiasan di luar negara di bawah nama Singapura," ujar beliau, sambil menambah bahawa persatuan tersebut akan memberi tumpuan lebih kepada permata yang berwarna.



GTAS, yang kini dianggotai 31 ahli, bertujuan membangunkan dan mempromosikan peniaga permata di Singapura, mengambil bahagian dalam perdagangan di peringkat serantau dan antarabangsa di bawah nama Singapura serta menjadi suara mewakili peniaga permata di sini.



Menurut Encik Mohamed Bilal, mereka akan bekerjasama dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) untuk merealisasikan matlamat tersebut.



Salah seorang anggota GTAS, Encik Edilberto Rozo, memberitahu akhbar ini beliau mengalu-alukan usaha pendigitalan bagi perniagaan permata di sini.



"Saya gembira menjadi sebahagian keluarga GTAS ini sebagai ahlinya dan bangga dengan usaha anggota lain yang tidak putus-putus bekerja sejak pertubuhan ini dirasmikan.



"Saya harap dapat meraih manfaat seperti kepentingan pendigitalan, pematuhan peraturan dan undang-undang serta mengetahui apa yang kami perlu lakukan untuk memperbaiki kemampuan perniagaan syarikat kami," ujar pemilik dan pengarah Fine Colombian Emerald Pte Ltd itu.




"Sebab pertubuhan GTAS ialah untuk memasarkan batu permata asli dengan harga yang berpatutan dan membangunkan peluang bagi ahli-ahli kita mengambil bahagian dalam pertunjukan permata dan barang perhiasan di luar negara di bawah nama Singapura."
- Presiden Persatuan Peniaga Permata Singapura (GTAS), Encik Mohamed Bilal Ahmed Meeran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >