Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Permata' masyarakat dihargai

Shirin Hamid Jauhari 2021
Sarkasi Said dinobat Jauhari (Anumerta) 2021
Dec 22, 2021 | 09:52 PM



BERKAT iltizam dan kerja keras tanpa mengenal erti lelah mahupun putus asa, Cik Shirin Abdul Hamid mencatatkan kejayaan demi kejayaan hingga ke menara gading dalam dunia teknologi maklumat (IT).


Bahkan, bakal termaktub satu lagi pencapaian besar dalam kerjaya Cik Shirin, 54 tahun – beliau akan menggalas peranan baru sebagai ketua pegawai maklumat (CIO) dan pengarah teknologi maklumat (IT) di Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), yang berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat, mulai 4 Januari ini.


Pencapaian beliau itu dan juga sumbangannya kepada masyarakat diberi pengiktirafan, dengan Cik Shirin dinobatkan sebagai penerima Anugerah Jauhari Berita Harian 2021 dalam satu majlis malam ini (22 Dis).


Turut diberi pengiktirafan dan penghormatan ialah ‘Bapa Batik Singapura’ dan penerima Pingat Budaya, Allahyarham Sarkasi Said, yang dianugerahi Jauhari (Anumerta).


Anugerah tersebut telah disampaikan dalam majlis Anugerah Jauhari 2021 Berita Harian yang diadakan di hotel Grand Hyatt Singapura.


Majlis itu turut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dan juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Editor Berita Harian/Minggu, Encik Saat A. Rahman; dan Ketua Pegawai Pemerolehan FairPrice Group, Encik Tng Ah Yiam.


Dalam ucapan videonya, Cik Shirin, yang tidak dapat hadir di acara itu kerana berada di Filipina, berkata beliau sangat menghargai pengiktirafan Anugerah Jauhari tersebut.


“Sejujurnya, saya rasa ada ramai lagi dalam masyarakat Melayu Singapura yang layak mendapat pengiktirafan. Namun begitu, sejauh mana pengalaman saya akan menjadi inspirasi kepada orang lain untuk mengambil laluan serupa atau lebih mencabar atau bukan konvensional dalam kerjaya mereka di dalam dan luar sempadan Singapura, saya dengan rendah hati menerima anugerah ini,” kata beliau.


Kakak beliau, Cik Zabrina Abdul Hamid telah menerima anugerah itu bagi pihaknya.


Sementara itu, Encik Ika Zahri Sarkasi, yang menerima Anugerah Jauhari (Anumerta) bagi arwah bapanya berkata anugerah itu mengiktiraf sumbangan Allahyarham Sarkasi kepada masyarakat dan pelbagai pengorbanan yang dilalui beliau sebagai seorang seniman.


“Beliau seorang yang sangat gigih dan rajin, yang sentiasa menasihatkan saya dan adik-beradik untuk melakukan setiap tugas yang diberi dengan disiplin dan ikhlas, dengan tujuan melakukan tugas yang cemerlang mengikut kemampuan terbaik kami, dan bukan untuk pengiktirafan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >