Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Permata' masyarakat dihargai

* Shirin Abdul Hamid Jauhari 2021 * Sarkasi Said dinobat Jauhari (Anumerta) 2021
Dec 23, 2021 | 05:30 AM



BERKAT iltizam dan kerja keras tanpa mengenal erti lelah mahupun putus asa, Cik Shirin Abdul Hamid mencatatkan kejayaan demi kejayaan hingga ke menara gading dalam dunia teknologi maklumat (IT).



Bahkan, awal tahun depan bakal termaktub satu lagi pencapaian besar dalam kerjaya Cik Shirin, 54 tahun.



Beliau akan menggalas peranan baru sebagai ketua pegawai maklumat (CIO) dan pengarah teknologi maklumat (IT) di Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), yang berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat, mulai 4 Januari ini.



Pencapaian beliau itu dan sumbangannya kepada masyarakat mendapat pengiktirafan, dengan Cik Shirin dinobatkan sebagai penerima Anugerah Jauhari Berita Harian 2021.



Turut diberi pengiktirafan dan penghormatan ialah 'Bapa Batik Singapura' dan penerima Pingat Budaya, Allahyarham Sarkasi Said, yang dianugerahi Jauhari (Anumerta).



Anugerah tersebut telah disampaikan dalam majlis Anugerah Jauhari 2021 Berita Harian di Hotel Grand Hyatt Singapura semalam.



Majlis itu antara lain dihadiri tetamu terhormat, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Editor Berita Harian/Minggu, Encik Saat A. Rahman; dan Ketua Pegawai Pemerolehan FairPrice Group, Encik Tng Ah Yiam.



Dalam ucapan videonya, Cik Shirin, yang tidak dapat hadir acara itu kerana berada di Filipina, berkata beliau sangat menghargai pengiktirafan tersebut.



"Sejujurnya, saya rasa ada ramai lagi dalam masyarakat Melayu Singapura yang layak mendapat pengiktirafan. Namun begitu, sejauh mana pengalaman saya akan menjadi inspirasi kepada orang lain untuk mengambil laluan serupa atau lebih mencabar atau bukan konvensional dalam kerjaya mereka di dalam dan luar sempadan Singapura, saya dengan rendah hati menerima anugerah ini," kata beliau.



Kakak beliau, Cik Zabrina Abdul Hamid telah menerima anugerah itu bagi pihak beliau.



Sementara itu, Encik Ika Zahri Sarkasi, yang menerima Anugerah Jauhari (Anumerta) bagi arwah bapanya berkata anugerah itu mengiktiraf sumbangan Allahyarham Sarkasi kepada masyarakat dan pelbagai pengorbanan yang dilalui beliau sebagai seorang seniman.



Pemain lawan pedang, Kiria Tikanah Abdul Rahman, 21 tahun, merupakan penerima Anugerah Jauhari Harapan 2021.



Encik Iswaran dalam ucapannya di majlis itu berkata kisah perjalanan ketiga-tiga penerima itu menggambarkan pelbagai laluan kejayaan yang dimanfaatkan ramai rakyat Singapura, sama ada dalam bidang seni, sukan, kewangan, sains, kejuruteraan atau teknologi.



Beliau menambah masyarakat Melayu/Islam juga telah membuat kemajuan besar dalam pendidikan, pekerjaan dan pendapatan.



"Kami berbangga dengan pencapaian ini sebagai sebuah negara, sentiasa mengiktiraf ia dapat menjadi kenyataan hasil usaha kolektif dan berkekalan masyarakat dalam peningkatan menerusi pendidikan, pemerolehan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat," kata beliau.



LAPORAN SELANJUTNYA:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >