Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan bagi e-buku Melayu naik 500%

NLB: Pinjaman dilakukan menerusi platform OverDrive, tajuk kanak-kanak catat pertumbuhan segmen paling besar
Nov 15, 2021 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi buku digital (e-buku) bahasa Melayu yang dipinjamkan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) telah meningkat secara signifikan sebanyak 500 peratus tahun ini berbanding 2020.



"Kami telah melihat peningkatan signifikan dalam pinjaman e-buku NLB sejak beberapa tahun lalu, dan kenaikan permintaan juga boleh dilihat bagi kandungan Melayu," kata NLB kepada Berita Harian.



Pinjaman e-buku bahasa Melayu NLB yang meningkat itu dilakukan menerusi platform OverDrive, dengan tajuk kanak-kanak mencatatkan pertumbuhan segmen paling besar tahun ini.



Misalnya, buku kanak-kanak yang diterjemah bertajuk Bola Yang Stres (The Stressed Ball) oleh Lydia Lim dan Hanya Inuka Yang Satu (The One and Only Inuka) oleh Alan John merupakan antara buku Melayu popular yang dipinjam tahun ini.



Bahkan, menurut NLB, sumber digital (e-sumber) Melayu dalam koleksi lembaga tersebut juga telah meningkat.



Pada September 2021, sumber digital Melayu NLB berjumlah lebih 3,000, dengan hampir 600 bahan ditambah sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan pada April 2020, ujar NLB.



"Meskipun penerbitan sumber Melayu serupa itu adalah rendah, kami mampu membawa masuk seganda bilangan buku tahun ini berbanding Mac 2020, sejurus sebelum pemutus rantaian jangkitan," kata NLB.



NLB memulakan Perpustakaan Digital pada 2005 di bawah pelan induk L2010, dengan e-buku Melayu turut ditawarkan kepada orang ramai pada masa yang sama itu.



NLB baru-baru ini mengumumkan pelan induk baru, Pelan Induk Perpustakaan dan Arkib 2025 (LAB25) - rancangan lima tahun dalam fasa transformasi seterusnya untuk memanfaatkan peluang baru dan melakukan pembaharuan supaya dapat kekal relevan kepada rakyat Singapura.



Menurut NLB, untuk menyokong permintaan yang meningkat semasa fasa awal pandemik lalu dan menyokong pembelajaran di rumah bagi pelajar, NLB menubuhkan Bilik Membaca Bahasa Ibunda (MTL) di platform OverDrive untuk memperkemas pembacaan MTL bagi pengguna.



Bilik Membaca Melayu boleh diakses menerusi aplikasi Libby atau laman web Libby di https://libbyapp. com/library/nlb/guide/malay1



"Usaha kami juga memberi tumpuan kepada menambah tajuk-tajuk digital dalam bahasa Melayu, menghasilkan lebih seganda tajuk Melayu dari 2019 hingga 2020," kata NLB.



Memberi perangkaan lanjut mengenai koleksi bahasa Melayunya, NLB berkata koleksi dewasa merangkumi 57 peratus, kanak-kanak (35 peratus) dan dewasa muda (sembilan peratus).



Manakala koleksi cereka merangkumi peratusan terbesar sebanyak 62 peratus, berbanding bukan cereka 38 peratus.



"Tajuk kanak-kanak secara umumnya lebih popular," tambah NLB.



Ditanya mengenai platform bacaan yang popular pula, NLB berkata:



"Cetak/fizikal tetap format paling popular, dengan pembaca Melayu kebanyakannya meminjam (buku) fizikal bersiri".



LAPORAN SELANJUTNYA: NLB jalani usaha perintis terbit buku kanak-kanak dalam bahasa ibunda




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >