Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan bagi kemahiran hijau bidang kejuruteraan meningkat

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi kemahiran hijau kini semakin meningkat dalam kalangan majikan yang sedang mencari pekerja untuk mengisi jawatan kejuruteraan, kata SkillsFuture Singapura (SSG).



Ini sedang Singapura beralih ke ekonomi yang lebih hijau dan syarikat pula mula mengambil langkah-langkah menghijaukan operasi, produk dan perkhidmatan mereka.



Antara kemahiran hijau yang mempunyai permintaan itu dan boleh dimanfaatkan merentas pelbagai peranan kerja kejuruteraan termasuk pengurusan tenaga dan audit, kejuruteraan kemampanan, pengurusan kemampanan sekitaran serta pengurusan dan penyepaduan sistem tenaga boleh diperbaharui.



Ini antara dapatan yang terkandung dalam laporan Cerapan Suku Tahun Pekerjaan-Kemahiran (JSQI) - Kemahiran untuk Jurutera dan Teknisyen dalam Ekonomi Hijau, yang dilancarkan SSG dengan kerjasama Institusi Jurutera Singapura (IES) semalam.



Laporan itu mengetengahkan pekerjaan dan kemahiran yang berubah bagi jurutera dan teknisyen di tengah-tengah cabaran iklim dan kemampanan sejagat, dan berkongsi kemahiran dalam permintaan yang relevan bagi golongan pekerja itu.



Menurut laporan itu, analisis SSG ke atas data kerja kosong antara 2018 dengan 2021 menunjukkan kemahiran hijau merentas sektor dan fungsi kerja "amat dicari" majikan bagi peranan kerja kejuruteraan di tengah-tengah peralihan ke ekonomi lebih hijau kini.



Laporan itu juga mendapati bahawa permintaan bagi kemahiran sedemikian mencerminkan peranan kejuruteraan sedia ada yang "dihijaukan" dengan lebih banyak fungsi kerja dan tugas utama menggabungkan amalan kemampanan dan ciri-ciri mitigasi iklim.



Selain itu, peranan kerja kejuruteraan baru juga muncul.



"Peranan ini memerlukan jurutera dan teknisyen berpengetahuan dalam teknologi bersih yang baru muncul, mengurus kelestarian alam sekitar, serta memiliki kemahiran digital seperti Aplikasi Internet Benda (Internet of Things atau IoT), Pemprograman dan Pengekodan, dan Analisis Data Besar," kata SSG dalam laporan itu.



Misalnya, dalam konteks hari ini, tugas seorang pengurus sekitaran, kesihatan dan keselamatan bukan hanya memerlukan beliau menilai sekitaran kerja bagi bahaya di tempat kerja, malah turut merangkumi perlindungan dan kemampanan sekitaran kerja fizikal dan proses kerja serta pematuhan peraturan baru berkaitan kemampanan sekitaran.



Oleh itu, pekerja memerlukan kemahiran baru seperti pengurusan kemampanan sekitaran, di samping kemahiran dan keperluan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



Sementara itu, peranan kerja baru seperti jurutera suria Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri pula memerlukan individu bukan hanya memiliki kemahiran dalam penyenggaraan dan operasi kejuruteraan, tetapi juga dalam sistem tenaga bersih dan digital.



Dalam usaha membantu jurutera dan teknisyen meraih kemahiran sedemikian, IES akan memperbaharui kemahiran yang baru muncul untuk kumpulan kerja kejuruteraan, dan melancarkan sumber pekerjaan-kemahiran bagi pekerja.



SSG dalam laporan itu menambah bahawa jurutera semasa dan baru boleh menjangkakan siri program dan kursus pensijilan profesional yang ditawarkan kedua-dua badan industri dan institut pengajian tinggi.



"Jurutera dan teknisyen akan semakin memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan, rekaan, pembuatan dan pelaksanaan sebenar inisiatif hijau dan mampan, yang dibimbing piawaian kemampanan dan peraturan baru.



"Jurutera dan teknisyen kita perlu diperkasa melalui pembangunan kemahiran berterusan berkaitan ekonomi hijau dan digital dan diberi peluang menguji pendekatan kejuruteraan kreatif untuk menyelesaikan cabaran kemampanan," kata agensi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >