Baru-baru ini, pemerintah mengumumkan lebih banyak inisiatif bagi mempertingkatkan mutu pendidikan prasekolah di samping memastikan ia inklusif untuk semua golongan termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ini sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat, termasuk daripada ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) melaporkan.
PERMINTAAN khidmat prasekolah untuk kanak-kanak berkeperluan khas telah meningkat sejak beberapa tahun lalu, menurut beberapa penyedia khidmat.