Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan flat BTO naik 70% tahun lalu

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) telah melonjak 70 peratus pada 2020 dengan sekitar 87,800 permohonan, didorong oleh perkahwinan dan penubuhan kekeluargaan dan kehidupan berbilang generasi hilang kepopularan.



Ini berbanding dengan 51,400 permohonan BTO yang dibuat pada 2019 dan 38,500 permohonan pada 2018, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.



Nisbah permohonan yang diterima bagi setiap flat BTO juga meningkat daripada 2.6 pada 2018 kepada 5.8 pada 2020.



Bilangan flat BTO yang dilancarkan bagaimanapun tidak sejajar dengan permintaan, dengan jurang semakin meluas sepanjang tiga tahun lalu.



Hanya 16,800 flat BTO dilancarkan tahun lalu, berbanding dengan 14,600 flat pada 2019 dan 15,800 pada 2018.



Menurut HDB, masih terdapat permintaan kukuh bagi estet matang dan kurang matang dengan permintaan bagi flat BTO di estet matang kekal lebih tinggi.



Majoriti permohonan adalah daripada pemohon kali pertama.



Bilangan permohonan daripada kumpulan ini meningkat daripada 26,100 pada 2018 kepada 55,300 pada 2020.



Daripada jumlah ini, bilangan keluarga kali pertama yang memohon bagi flat BTO lebih seganda daripada 22,000 pada 2018 kepada 51,400 pada 2020, manakala bilangan bujang kali pertama yang memohon bagi flat BTO merosot daripada 4,100 pada 2018 kepada 3,100 pada 2019, tetapi meningkat kepada 3,900 pada 2020.



Kadar kenaikan bagi keluarga kali pertama adalah lebih kukuh pada 2020 berbanding 2019, mencerminkan trend keseluruhan dalam permohonan BTO sedang keluarga kali pertama merangkumi majoriti bilangan permohanan.



Bagi menyokong warga Singapura membeli flat BTO, HDB menawarkan geran perumahan kepada pembeli flat yang layak.



Keluarga kali pertama yang layak meraih tidak melebihi $9,000 sebulan, boleh menikmati Geran Perumahan CPF yang dipertingkat (EHG) sehingga $80,000 manakala bujang kali pertama yang layak berusia 35 tahun ke atas, meraih tidak melebihi $4,500 sebulan boleh menikmati EHG sehingga $40,000.



Ini merupakan tambahan kepada subsidi murah hati yang dikenakan terhadap harga flat, yang membenarkan harga flat baru ditetapkan di bawah nilai pasaran.



LAPORAN SELANJUTNYA: Pasangan muda, bujang, ibu bapa dengan anak dewasa kini cenderung miliki flat sendiri




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >