Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SEKITAR RAMADAN

Permintaan kenderaan sewa jelang Raya rancak

Beberapa pengendali dedah 80 peratus kenderaan mereka telah pun ditempah dan terus mendapat banyak pertanyaan tahun ini
Apr 20, 2022 | 05:30 AM



PERMINTAAN untuk kenderaan sewa seperti van dan bas mini untuk musim perayaan Hari Raya, amat menggalakkan ekoran kelonggaran sekatan Covid-19.



Beberapa pengendali yang dihubungi Berita Harian (BH) menyatakan sebanyak 80 peratus kenderaan mereka telah pun ditempah dan terus mendapat banyak pertanyaan tahun ini.



Ia mengubah trend kemerosotan yang dihadapi para pengendali ini sejak dua tahun lalu apabila pandemik melanda.



Para pengendali ini, yang bergelut untuk terus bertahan sejak dua tahun lalu, berkata terdapat ramai pelanggan berpotensi yang berminat dan menanyakan untuk menyewa kenderaan bagi bas mini yang boleh muat hingga 13 orang untuk sambutan Hari Raya.



Ini memandangkan kelonggaran peraturan Covid-19 baru-baru ini yang membolehkan perhimpunan sosial sehingga 10 orang.



Bagi syarikat Triple ZzZ Transport Services, syarikat pengangkutan itu telah menerima sekitar 60 panggilan semalam dan kelmarin.



Menurut pengasas bersama syarikat itu, Encik Ahmad Zulfiqar Mohamed Yasin, bilangan panggilan itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tempoh prapandemik.



"Kami telah menerima pertanyaan untuk hari pertama Hari Raya. Namun oleh kerana kakitangan kami semuanya Islam juga, kami akan mendapatkan bantuan lima pemandu bukan Islam untuk mengendalikan penyewaan bas mini," ujar beliau yang syarikatnya menyediakan 20 bas mini yang setiap satu muat hingga 13 orang.



Firma itu menyediakan lima slot penyewaan untuk sambutan Hari Raya pada hari pertama. Namun, beliau juga sudah mula menerima pertanyaan bagi hujung minggu sepanjang Syawal.



Firma milik persendirian syarikat pengangkutan MaxiCabTransfers, Encik Avtar Singh, berkata syarikatnya telah menerima sekitar 80 peratus pertanyaan mengenai penyewaan bas mini mereka yang dapat menampung sehingga 13 penumpang.



"Kami menerima peningkatan sekitar 80 peratus dalam pertanyaan perkhidmatan penyewaan kami untuk sambutan Hari Raya nanti.



"Sejauh ini pelanggan tetap saya sudah membuat penyewaan dan hampir 80 peratus bas mini sudah pun disewa. Baki 20 peratus masih terbuka kepada orang lain yang masih belum yakin untuk buat tempahan dan telah memberitahu kami bahawa mereka akan kembali dengan keputusan pada minggu depan," ujar beliau yang kemudian berkata mereka menyediakan lebih 10 bas mini dalam syarikatnya.



Buat masa ini, kecuali satu, kesemua syarikat yang ditemu ramah tidak mengubah harga sewa kenderaan jika dibandingkan dengan tempoh sebelum Covid.



Encik Ahmad Zulfiqar berkata syarikat Triple ZzZ mengenakan harga $50 setiap jam - harga itu tidak berubah seperti tahun-tahun sebelum pandemik.



Menurut Encik Singh, beliau juga kekalkan harga sewa sebanyak $55 sejam bagi bas mini yang boleh menampung sehingga 13 penumpang termasuk pemandu - sama seperti harga prapandemik.



Pemilik syarikat Jiajia Transport, Encik Ong Kah Thiam, yang menyediakan khidmat bas mini yang boleh memuatkan hingga 13 orang, mengenakan harga $50 sejam untuk penyewaan bas mini dengan sekurang-kurangnya lapan jam sewa.



Sebelum pandemik, ia mengenakan harga $30-40 sejam.



Kebanyakan mereka menyatakan para pelanggan menyewa sekurang-kurangnya setengah hari atau lapan jam, tidak lagi beberapa hari seperti dulu.



Encik Ong menerima beberapa pertanyaan mengenai dua khidmat bas mininya dan kini sudah pun disewa untuk Hari Raya nanti.



"Sebelum ini ada yang telefon untuk bertanya jika boleh menyewa tanpa pemandu, namun saya tidak mahu mengambil risiko tersebut memandangkan penyewaan bas mini seperti ini memerlukan lesen vokasional.



"Terdapat juga klien yang cuba berunding harga untuk mendapatkan harga yang lebih rendah tetapi kami tidak mampu memandangkan kos minyak yang masih tinggi," ujar beliau yang telah mula syarikatnya sejak lima tahun lalu.



Bagi syarikat pengangkutan bas, Kurnia Transport, permintaan untuk bas atau van tidak menerima sambutan yang menggalakkan berbanding tahun-tahun prapandemik.



Pengarah syarikat itu, Cik Roslinah Eusope, berkata:



"Memandangkan masih tempoh pandemik Covid-19, sejauh ini, kami belum menerima apa-apa pertanyaan atau permintaan untuk bas.



"Lagipun sekarang, oleh kerana kelonggaran sekatan untuk berkumpul dengan hingga 10 orang saja pengangkutan seperti van yang kecil lebih diminati ramai. Namun, kami tidak menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang kecil."



Kelonggaran peraturan itu disambut baik bagi Cik Nurul Sofia dan keluarga. Keluarganya telah membuat keputusan untuk menyewa bas mini sejak awal April bersama Triple ZzZ Transport Services.



"Kami semua ghairah untuk menyambut Raya kerana sudah dua tahun tidak semeriah ini.



"Oleh kerana kami empat beradik bersama ibu ayah dan juga ada anak-anak saudara, sudah genap 10 orang. Justeru, kami menyewa bas mini yang muat 13 orang," jelas pendidik berusia 27 tahun itu.



"Kami tiada kebimbangan dan percaya akan pendekatan pemerintah dan harap Hari Raya tahun ini berjalan lancar dan semoga semua dapat menikmatinya seperti prapandemik," tambah beliau yang telah menyewa bas mini itu selama sembilan jam, sama seperti tahun 2019 dan harga sewa masih berpatutan.




SEWA KERETA GUNAKAN APLIKASI



BlueSg



  • Yuran bulanan $8 bagipelan asas

  • $0.36 sen setiap minit.

    Jika membayar yuran bulanan premium pada $18 setiap bulan, pelan itu termasuk 45 minit percuma setiap bulan.

Tribecar



  • Tiada yuran bulanan atau tahunan

  • $2.14 hingga $4.82 setiap jam bagi tempoh tidak sibuk; $6.96 setiap jam bagi tempoh sibuk.

  • Yuran harian:

    - $69.55 (Isnin-Khamis)

    - $115.56 (Jumaat-Ahad)

  • Yuran mingguan:

    - $460.10

GetGo



  • $3 hingga $6 setiap jam untuk tempoh tidak sibuk (berdasarkan jenis kereta);

  • $5 hingga $9 setiap jam untuk tempoh biasa;

  • $7 hingga $12 setiap jam untuk tempoh sibuk;

  • Caj perbatuan: $0.35 setiap kilometer.

Syarikat ini juga menyediakan kenderaan elektrik dan mengenakan bayaran $4 hingga $10 setiap jam. Caj perbatuan: $0.25 setiap kilometer



Shariot



  • Harga mula serendah $0.25 setiap 15 minit

Drive lah



  • Aplikasi untuk mengongsi penggunaan kereta milik orang lain.

  • Harga bermula daripada $45 sehari




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >