Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan khidmat sosial dijangka meningkat ekoran usia penduduk kian menua

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi khidmat sosial dijangka meningkat dalam beberapa tahun akan datang dan tenaga kerja sektor itu akan berkembang sejajar sedang usia penduduk Singapura semakin menua.



Dengan bilangan warga yang ingin menjaga dan menyokong pekerjaan dalam sektor itu semakin berkurangan, ada keperluan untuk menangani isu dengan meninjau tenaga manusia asing, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Agensi khidmat sosial mengesahkan tidak ramai orang di Singapura yang berminat untuk melakukan pekerjaan ini.



Pendapatan yang rendah merupakan satu faktor utama, kata mereka yang bekerja dalam sektor ini.



Satu lagi sebab ialah ramai yang belajar dalam bidang ini mungkin akan akhirnya bekerja di hospital tempatan yang telah mereka jalin hubungan semasa tempoh pengajian.



Mereka yang di dalam sektor itu juga berkata, isu tenaga manusia telah menjadi satu keprihatinan di tengah-tengah pandemik Covid-19 memandangkan ia adalah lebih sukar untuk mendapatkan pekerja dari luar negara dan beberapa pegawai asing telah pulang ke negara masing-masing.



Menurut laman web MSF, lebih daripada 15,000 telah digajikan oleh sektor khidmat sosial di sini.



Memberikan respon kepada akhbar The Straits Times, MSF berkata dari tahun 2016 hingga 2019, bilangan pekerja asing dalam sektor khidmat sosial adalah lebih rendah daripada bilangan nasional iaitu sekitar 38 peratus.



Ia enggan memberikan bilangan sebenar.



Namun, MSF berkata sekitar 70 peratus hingga 75 peratus pekerja asing ini digajikan sebagai pekerja jagaan dan penolong khidmat sosial di rumah-rumah tumpangan.



Bakinya bekerja dalam peranan seperti ahli terapi dan jururawat, kata jurucakap MSF.



Jurucakap itu menambah: "Memandangkan pekerjaan ini memerlukan pekerja bekerja secara syif, dan memerlukan tenaga fizikal, ia kurang diminati oleh pekerja tempatan.



"Golongan profesional khusus kami dalam sektor khidmat sosial termasuk mereka yang datang daripada negara lain, ada yang telah berada di Singapura berdekad lamanya, menjadi sebahagian daripada masyarakat kita dan membuat sumbangan penting kepada sektor ini dengan dedikasi serta kepakaran mereka."



Sedang sektor itu berkembang untuk memenuhi keperluan yang berubah-ubah, MSF telah mempercepat proses pendigitalan industri dan menumpukan usaha dalam mempertingkat keberkesanan tenaga manusia dan produktiviti menerusi teknologi, tambahnya.



Terdapat juga langkah untuk mewujudkan pekerjaan dan peluang latihan bagi rakyat Singapura yang pekerjaan mereka terjejas akibat Covid-19, kata jurucakap itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >