Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEDAI KOPI

Permintaan meningkat dorong buka 3 cawangan kedai kopi halal

Syarikat Tenderfresh yang kendali jenama Kedai Kopi anggar pelaburan sekitar $400,00 bagi setiap cawangan
Sep 20, 2022 | 05:30 AM



PERMINTAAN yang meningkat bagi makanan halal seiring harga berpatutan mendorong syarikat Tenderfresh untuk memperkenalkan jenama Kedai Kopi.



Dua cawangan Kedai Kopi yang terletak di Clementi Avenue 5 dan satu lagi di Haig Road menawarkan pelbagai makanan halal bagi memenuhi cita rasa pelanggan.



Malah, Tenderfresh, yang sebahagian besarnya dimiliki syarikat induk disenarai di Bursa Singapura (SGX), Kimly Limited, telah pun membuka cawangan terbaru di Ang Mo Kio Avenue 4.



Cawangan baru itu mampu menempatkan sehingga 150 pelanggan dan telah dibuka Mei lalu.



Ia juga sedang membuat persiapan bagi melancarkan cawangan keempat Kedai Kopi di kawasan Yishun Central 1 yang dijadualkan dibuka pertengahan bulan depan.



Mendedahkan demikian, Pengarah Urusan Tenderfresh Group, Encik Kelvin Chua, berkata pihaknya menganggarkan permintaan yang terus bertambah menyusuli ramai pekerja yang kembali ke tempat kerja.



"Kami menjangkakan permintaan melonjak sedang lebih banyak tempat kerja atau pejabat yang dibuka semula selepas dua tahun ditutup.



"Dan kami jangkakan permintaan yang meningkat bagi pilihan sajian halal selain pelbagai makanan biasa yang disediakan dalam kawasan ini," katanya kepada wartawan.



Beliau menganggarkan pihaknya melabur sekitar $400,000 bagi setiap jenama Kedai Kopi.



Pembukaan cawangan terbaru di Ang Mo Kio itu diteruskan meskipun terdapat peningkatan kos termasuk bagi tenaga manusia yang naik sehingga 15 peratus, bahan mentah sekitar 30 peratus dan sewa kedai.



Apa yang menarik, ia turut menempatkan sebuah ruang solat berhawa dingin dan tempat berwuduk bagi kegunaan pelanggan Muslimnya.



"Kami perhatikan perubahan dinamik sejak pandemik bermula, di mana perniagaan melaporkan "cukup makan" menyusuli penjualan yang merosot, akibat sekatan langkah keselamatan duduk makan di kedai.



"Dan dengan sempadan dibuka semula, kami lihat kurang pula keluarga yang melanggani kami kerana ramai yang ke seberang Tambak untuk menikmati sajian di sana.



"Secara keseluruhannya perniagaan kami agak kekal dan tidak banyak berubah sepanjang dua tahun lalu," tambah Encik Chua.



Kedai Kopi yang dijenamakan sebagai sebuah rantaian kedai kopi mesra Muslim, menyediakan pelbagai sajian pilihan dengan harga berpatutan.



Kesemua penyewa gerainya dipastikan sebagai pemilik Muslim atau gerai-gerai itu sendiri perlu memohon mendapatkan pensijilan halal mereka sendiri.



Permohonan bagi pensijilan halal telah dibuat namun sijilnya belum diterima.



Selain itu pasukan halal syarikat itu sendiri akan terus memantau dan menawarkan bantuan kepada gerai yang perlu mendapatkan sijil halal.



Pada masa yang sama, syarikat gergasi itu juga kerap berkongsi dan memberi maklum balas kepada masyarakat setempat tentang status halal bagi setiap gerai selepas menerima pensijilannya, tambah Encik Chua.



Pelanggan Kedai Kopi rata-rata merupakan golongan pekerja dan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Ang Mo Kio.



"Kami juga perhatikan mereka yang datang ke mari termasuk juga kakitangan SMRT, para pegawai beruniform, dan juga penyewa kedai di blok-blok berdekatan.



"Apa yang membuat kami lebih gembira ialah terdapat semakin ramai pekerja dari estet perindustrian Ang Mo Kio berdekatan yang datang ke mari untuk melanggani kami juga semasa waktu makan tengah hari.



"Selepas waktu makan tengah hari, pelanggan kami terdiri daripada para pekerja penghantaran dan pelajar," ujar Pengurus Pemasaran Tenderfresh Group Encik Christopher Yong Meng Hwee.



Selain Kedai Kopi, Tenderfresh Group juga mempunyai jenama yang dianggap mesra Muslim seperti Tenderbest, Tenderfresh Classic, Tenderbest Makcik Tuckshop, Tenderbest Xpress, Amigo's, ToriGO!, Toko Ngopi, Pasta Pizza, Hawkerman Street Kitchen, Sultan Burger dan 380 Nasi Lemak - meliputi sehingga 50 cawangan secara keseluruhannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >