Permintaan pensijilan halal meningkat sejak 1978, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Permintaan pensijilan halal meningkat sejak 1978

Didorong kesejagatan sistem makanan, keagamaan yang meluas, industri halal yang berkembang
Apr 14, 2019 | 05:30 AM

PERMINTAAN pensijilan halal telah berkembang di Singapura sejak 1978. Ini utamanya didorong oleh kesejagatan sistem makanan, keagamaan yang meluas, dan industri halal yang berkembang.

Sebagai badan Islam yang memikul tanggungjawab utama memberikan pensijilan halal di Singapura, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah berusaha mengurus pasaran berkembang ini dengan memudahkan permintaan makanan halal dan menguatkan lagi pematuhan dalam industri menerusi undang-undang, sistem dan perubahan berstruktur.

Malangnya, pensijilan halal mempunyai akibat yang tidak dikehendaki termasuk pengguna yang terlalu bergantung pada tanda halal dan penyebaran berita palsu 'halal'.

Pengurusan cekap terhadap permintaan makanan halal merangkumi aturan tiga pihak: pengguna Islam, pihak berkuasa halal dan perniagaan. Penglibatan pengguna yang lebih luas, rujukan pada masa, pemikiran, tenaga dan sumber lain yang digunakan orang ramai semasa proses pembelian penting dalam mendorong mereka membuat keputusan makanan halal dengan bermaklumat.

Malah, orang Islam dinasihatkan agar sentiasa membaca label produk, dengan dan tanpa logo halal, bagi memastikan bahan yang digunakan baik dan menyeluruh buat tubuh manusia.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Apabila tiada tanda atau sijil halal, pengguna mesti menyesuaikan diri dan membuat keputusan adakah makanan dibenarkan berdasarkan maklumat lain seperti label makanan dan maklumat syarikat/ produk dan mesti mengimbangi peranan mereka dalam pasaran berkembang.

Ia bukan sahaja bagi memenuhi permintaan pensijilan dalam industri, tetapi lebih penting lagi, mereka mempunyai tanggungjawab agama memastikan mutu tinggi demi memelihara kepercayaan dan keyakinan dalam sistem halal.

Pihak berkuasa juga mempunyai peranan dalam mendidik masyarakat awam tentang halal bagi membantu mereka membuat keputusan pilihan makanan dengan lebih baik.

Mereka mesti mengikut peredaran masa dengan menggunakan teknologi baru seperti media sosial demi memberi suara kebolehpercayaan dalam ruang yang penuh dengan maklumat berkenaan halal yang boleh dibaca semua orang.

Muis telah melakukan usaha 'outreach' menerusi akaun Twitter, @halalsg, supaya cekap menangani berita palsu dalam talian dan mendidik masyarakat awam dalam masa singkat.

Bagi perniagaan halal, mematuhi keperluan pensijilan bukan sahaja bertujuan komersial bahkan satu tanggungjawab sosial terhadap masyarakat Melayu/Islam.

Aturan tiga pihak ini - merangkumi pengguna, pihak berkuasa dan perniagaan - penting dalam mengurus dengan cekap permintaan berkembang bagi makanan halal di Singapura.

MEMBERI LEBIH JAMINAN

Pensijilan halal telah ditadbir oleh Muis sejak 1979. Ia menawarkan pilihan makanan lebih banyak dan memberi lebih jaminan kepada pengguna Melayu/Islam.

Muis mendapati jumlah permintaan tahunan untuk pensijilan halal meningkat, sekitar 10 peratus setiap tahun.

Pada 2018, Muis mengesahkan 4,456 tempat dan 54,378 jenis produk buatan Singapura. Produk-produk ini merangkumi daripada makanan tambahan, perisa, hidangan sedia makan, kepingan daging potong hingga aneka jenis spa. Industri halal dijangka tumbuhan besar kian ia berkembang daripada industri bernilai $1.1 trilion pada 2017 dan mencapai $1.6 trilion secara global pada 2018.

Muis mendapatkan akreditasi ISO 17065 bagi memastikan pengiktirafan dan jaminan berterusan bagi tanda pensijilan halal di Timur Tengah. Usaha mengejar kecemerlangan ini dibuat bagi memastikan perkhidmatannya sejajar dengan mutu antarabangsa. Muis juga sedang bekerjasama bagi mendapatkan pengiktirafan daripada beberapa negara Timur Tengah seperti Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

PENGAWASAN DAN PELAKSANAAN

Muis memandang serius terhadap pelanggaran syarat pensijilan halal dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pesalah.

Antara 2015 dengan 2017, Muis mengesan 103 pelanggaran berkenaan halal di tempat-tempat yang sudah disahkan halal dan tempat yang tidak disahkan halal. Kesalahan itu termasuk menyalahguna tanda halal di laman web, produk dan tanda yang sudah tidak lagi atau tidak pernah disah halal oleh Muis.

Dalam tempoh sama, Muis menggantung pensijilan halal bagi 22 tempat selama tiga hingga enam bulan kerana tidak mematuhi syarat, seperti menggunakan produk yang tidak diisytiharkan, produk tidak halal dan bahan meragukan.

MENINGKATKAN KEUPAYAAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Pensijilan halal Muis yang boleh dipercayai didapati menerusi rangka kerja undang-undang yang baik kendalian Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA), tindakan pengawasan dan pelaksanaan yang ketat, serta program pendidikan awam yang berkesan.

Warees Halal Limited memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kewibawaan pensijilan halal Muis dengan melakukan audit pensijilan dan pemeriksaan tidak diumumkan dari masa ke masa. Audit pensijilan dilakukan bagi mengesan komitmen dan pematuhan pemohon terhadap syarat pensijilan halal Muis, sebelum memberikan pensijilan halal.

Pemeriksaan yang tidak diumumkan dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan pemegang sijil mematuhi mutu pensijilan halal Muis. Muis menjalankan beberapa program latihan untuk berkongsi amalan terbaik dengan pekerja tempat-tempat yang disahkan, dan bagi membekalkan auditor dengan kemahiran sesuai apabila memeriksa tempat-tempat tersebut.

Muis mula menyemak proses perniagaan bagi proses pensijilan halal demi memastikan ia mesra pengguna. Muis bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan GovTech bagi Sistem eHalal Muis 3.0 (MeS 3.0) baru yang digabungkan dengan daya usaha LicenseOne Portal - Whole of Government bagi semua jenis lesen. Fasa satu Sistem eHalal Muis 3.0 dilancarkan pada suku ketiga 2018.

  • Penulis Pengarah Pembangunan Industri dan Dasar Aset Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Sebahagian rencana ini dipetik daripada 'Managing Demand Growth For Halal Food' (Mengurus Pertumbuhan Permintaan Makanan Halal) daripada buku 'Fulfilling The Trust: 50 Years of Shaping Muslim Religious Life in Singapore (Memenuhi Amanah: 50 Tahun Membentuk Kehidupan Beragama Islam di Singapura)'.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map