Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan RM naik jelang musim cuti

Warga SG tidak mahu lepas peluang rentas sempadan, didorong nilai ringgit menarik RM3.23 berbanding sedolar SGD
Aug 06, 2022 | 05:30 AM



BARISAN panjang dilihat di beberapa pengurup di sini ketika ramai membeli mata wang ringgit Malaysia sebagai persiapan untuk merentas sempadan.



Permintaan mata wang ringgit Malaysia ini meningkat setelah nilai ringgit terus mencecah paras tertinggi RM 3.23 berbanding sedolar Singapura pada 3 Ogos.



Menurut beberapa pengurup yang dihubungi oleh Berita Harian, terdapat peningkatan sebanyak 20 peratus dalam jumlah pelanggan yang menukar mata wang ringgit Malaysia semasa hujung minggu menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.



Menurut pemilik Clifford Gems & Money Exchange, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, barisan panjang mula terbentuk di kedainya pada waktu puncak seperti waktu makan tengah hari dan antara 5 petang hingga 7 malam sejak dua hari lalu.



"Ramai pelanggan akan datang sebaik sahaja tempoh waktu makan tengah hari.



"Untuk memastikan proses penukaran wang ini berjalan dengan lancar, kami membuka dua kaunter supaya pelanggan hanya perlu menunggu sekitar lima minit sahaja.



"Setelah waktu tengah hari, saya pun melakukan persediaan untuk gelombang kedua pelanggan pada waktu petang pula kerana ramai yang juga memilih untuk menukar wang setelah tamat bekerja," katanya.



Menurut Encik Rafeeq, ramai antara mereka yang menukar mata wang ringgit Malaysia kebelakangan ini adalah warga Singapura, pelancong serta ahli perniagaan Singapura



Tambahnya, lonjakan jumlah pelanggan ini dijangkakan ketika Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengetatkan dasar kewangan baru-baru ini untuk menjadikan dolar Singapura lebih kukuh dan memperlahankan kadar inflasi di sini.



Sebelum ini, paras tertinggi yang dilaporkan sebelum ini ialah pada 23 Mei 2022.



Ketika itu, kadar nilai ringgit mencecah RM3.19 berbanding sedolar Singapura.



Memandangkan ia merupakan hujung minggu yang panjang sempena Hari Kebangsaan, pemilik Straits Foreign Exchange di pusat beli-belah West Mall, Encik Oli Mohamed, berkata pihaknya telah melihat lonjakan sebanyak 10 hingga 20 peratus bagi mereka yang sedang menukar mata wang ringgit Malaysia.



Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa ini bukan jumlah tersebut dijangkakan.



"Cuti yang panjang, kami memang menjangkakan ramai yang akan memilih untuk menukar wang.



"Lagi-lagi dengan sempadan sudah dibuka semula orang ramai akan mengambil peluang untuk melancong," katanya sambil menambah bahawa orang ramai telah menukar wang antara $50 hingga $5,000 beberapa hari kebelakangan ini.



Encik Hamizan Ariz, 27 tahun, yang ke Kuala Lumpur hujung minggu ini berkata, beliau tidak sabar untuk menikmati kadar pertukaran yang tinggi ini.



Meskipun hanya menukar $200 untuk perjalanan kali ini, anak muda itu berkata beliau telah menukar tambahan $200 untuk disimpan bagi perjalanan merentas sempadan dalam masa akan datang.



"Saya akan ke sana bersama rakan saya selama lima hari untuk percutian yang santai sahaja.



"Dengan kadar pertukaran yang lebih tinggi ini, ia memberi kami peluang untuk berbelanja dengan lebih banyak untuk membeli belah serta mencari makanan yang lazat," katanya yang bekerja sebagai eksekutif hartanah.




"Cuti yang panjang, kami memang menjangkakan ramai yang akan memilih untuk menukar wang. Lagi-lagi dengan sempadan sudah dibuka semula orang ramai akan mengambil peluang untuk melancong."
- Encik Oli Mohamed, pemilik Straits Foreign Exchange di pusat beli-belah West Mall di Bukit Batok Central.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >