PERMINTAAN untuk perumahan di bahagian timur Singapura akan terus meningkat, dirangsang pembangunan baru seperti Terminal 4 Lapangan Terbang Changi yang akan menjana pekerjaan baru.
Pada masa sama, para pemerhati industri hartanah meramalkan bahawa jurang harga antara hartanah di timur dan barat Singapura akan mengecil apabila pembangunan yang dirancangkan menjadi kenyataan.