Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan terus tinggi bagi kit ART di farmasi, kedai runcit

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



SETIAP kali stok baru kit ujian pantas antigen (ART) bagi Covid-19 ditambah di rak-rak kedai, setiap kalilah ia habis dijual dalam masa sehari.



Begitulah keadaan ketika Berita Harian (BH) melawat beberapa kedai yang menjual kit ujian itu semalam.



Jurucakap farmasi Guardian berkata bahawa penjualan kit ART melonjak lima kali ganda selama dua minggu ini.



"Stok baru akan masuk pada minggu ini dan minggu berikutnya. Jadi pelanggan harus yakin bahawa kami mempunyai kit ART yang cukup. Namun, jenama kit ART ini mungkin berbeza di berlainan cawangan.



"Kami bekerja rapat dengan rakan pembekal kami untuk mengisi semula stok dengan cepat untuk memenuhi permintaan (kit ART) yang semakin meningkat," kata jurucakap Guardian.



Pelanggan boleh membeli kit itu dalam talian di guardian.com.sg atau mengunjungi kedai.



Pasar raya NTUC FairPrice, yang menjual kit ART mendapati bahawa penjualan kit tersebut meningkat lebih dua kali ganda minggu lepas, berbanding minggu sebelumnya.



Jurucakap FairPrice berkata peningkatan ini mungkin disebabkan meningkatnya kesedaran mengenai alat ujian kendiri itu berdasarkan jumlah kes Covid-19 yang bertambah baru-baru ini dalam masyarakat.



"Kami sedang bekerjasama dengan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk memastikan bekalan dan lebih banyak kit tersedia untuk keperluan masyarakat," kata jurucakap NTUC FairPrice.



Ketika BH ke sebuah kedai di Ang Mo Kio semalam, jurucakap kedai itu menyatakan sebanyak 300 stok kit ART baru ditambah Sabtu lalu dan habis dijual dalam masa sehari. Kini, cawangan itu masih kehabisan stok.



Senario yang sama dilihat di beberapa farmasi dan peruncit berdekatan semalam.



Pengurus cawangan kedai di Ang Mo Kio itu, yang enggan dinamakan, berkata setiap hari pasti ada pelanggan yang akan masuk dan bertanya akan kedatangan stok yang seterusnya.



Ada juga yang akan menelefon untuk menanyakan mengenainya.



"Kami pun tidak tahu bila stok baru akan datang. Kami masih menunggu arahan," kata beliau.



Jumlah kes jangkitan Covid-19 telah mencecah lebih 1,000 kes beberapa hari ini, jumlah tertinggi selama lebih setahun.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata minggu lepas bahawa ia akan menyediakan 100 mesin swalayan di 56 lokasi serata Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >