Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan tinggi bagi BTO Kallang/Whampoa, Bidadari dan apartmen penjagaan masyarakat

Feb 05, 2021 | 08:43 PM




KESEMUA flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet matang Kallang/Whampoa dan Toa Payoh (Bidadari) telah melihat langganan melebihi bilangan flat hanya sehari setelah pelancarannya.





Warga emas yang ingin tinggal di apartmen penjagaan masyarakat di Bukit Batok juga berdepan persaingan sengit kerana terdapat hampir dua kali lebih banyak pemohon daripada unit yang ada.





Sehingga 5 petang pada Jumaat (5 Feb), terdapat 319 pemohon bagi 169 unit bagi projek BTO di Harmony Village @ Bukit Batok itu, lapor The Straits Times.





Hanya mereka yang berusia 65 tahun ke atas boleh memohon bagi flat 32 meter persegi itu, yang akan dilengkapi dengan peralatan mesra warga emas seperti palang pemegang dan bilik mandi yang boleh diakses kerusi roda.





Sejumlah 3,740 flat BTO di tujuh projek perumahan telah dilancarkan pada Khamis (4 Feb) oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).





Flat lima bilik di ParkEdge@Bidadari dan Alkaff Breeze mempunyai pemohon teramai, dengan lebih tiga pemohon memohon bagi setiap daripada 323 unit yang ditawarkan.





Harga bagi flat-flat tersebut bermula daripada $611,000, tidak termasuk geran, menjadikan unit-unit itu yang termahal ditawarkan dalam pelancaran HDB kali ini.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >