Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permintaan tinggi bagi tiket penerbangan VTL SG-M'sia

Tempahan bagi beberapa penerbangan habis dijual selepas hanya kurang 2 jam dibuka: SIA
Nov 20, 2021 | 05:30 AM



TIKET bagi beberapa penerbangan Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) antara Singapura dengan Kuala Lumpur habis dijual selepas tempahan dibuka semalam.



Singapore Airlines (SIA) dan syarikat penerbangan bajetnya Scoot memberitahu Berita Harian (BH) bahawa permintaan bagi tiket penerbangan melonjak tinggi sejak perjalanan bebas kuarantin antara kededua negara itu diumumkan awal bulan ini.



Mengulas lanjut, jurucakap SIA berkata tempahan bagi tiket penerbangan VTL dibuka pada 10 pagi semalam dan tiket bagi beberapa penerbangan habis ditempah sekitar 11.20 pagi.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengumumkan kelmarin bahawa penerbangan VTL tersebut akan dikendalikan SIA dan lima syarikat penerbangan lain sebelum permohonan bagi Pas Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTP) untuk pelawat dari Malaysia dibuka pada 22 November, 10 pagi.



Penerbangan VTL Singapura-Malaysia mula beroperasi pada 29 November.



SIA tidak mendedahkan jumlah tiket yang terjual atau sebarang perangkaan kerana ia merupakan maklumat komersial yang sensitif.



Dalam pada itu, jurucakap SIA berkata tempat duduk bagi penerbangan-penerbangan tersebut juga diambil oleh pelanggan yang mempunyai tempahan secara langsung dengan SIA bagi penerbangan bagi tarikh 29 November hingga 26 Mac tahun depan.



Ini mungkin menyebabkan tiket penerbangan VTL pada tarikh tertentu tidak dipaparkan dalam sistem tempahannya, kata jurucakap tersebut.



Menurut SIA, ia akan menghantar e-mel kepada pelanggan dengan tempahan baru bagi penerbangan VTL.



Jurucakap Scoot berkata pertanyaan bagi penerbangan VTL dari pelanggan bertambah dan terdapat permintaan yang tinggi dari mereka yang ingin menaiki penerbangan bagi tujuan perniagaan mahupun bercuti.



Kelmarin, CAAS mengatakan orang ramai boleh memilih daripada enam khidmat penerbangan sebaik skim VTL Malaysia-Singapura mula beroperasi pada 29 November.



Penerbangan tersebut akan dikendalikan AirAsia, Jetstar Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Scoot dan SIA.



Sebanyak 10 khidmat penerbangan VTL ulang-alik antara Singapura dan KL akan beroperasi setiap minggu mulai 29 November. Pesawat yang terlibat termasuk SQ108, SQ107, SQ122 dan SQ121.



Scoot pula akan menawarkan empat khidmat ulang-alik antara dua negara itu setiap minggu bagi pesawat TR472 dan T473.



Dalam respons kepada pertanyaan BH, jurucakap Scoot berkata syarikat penerbangan itu juga merancang untuk meneruskan penerbangan ke Langkawi awal Disember, sebagai sebahagian daripada aturan gelembung perjalanan udara pulau itu yang menawarkan perjalanan bebas kuarantin bagi pelawat asing.



Khidmat penerbangan bajet Jetstar Asia berkata semalam tujuh daripada 15 khidmat penerbangan ulang-alik antara Singapura dan Kuala Lumpur akan ditetapkan sebagai penerbangan VTL.



Warga Singapura yang dihubungi BH mengalu-alukan aturan perjalanan VTL yang diumumkan itu dan ramai teruja akhirnya dapat ke seberang Tambak setelah hampir dua tahun.



"Saya sanggup berbelanja lebih tinggi ke KL berbanding sebelum (pandemik) kerana saya ingin melawat rakan dan keluarga di sana yang sudah lama tidak bertemu sejak sempadan ditutup. Ia juga peluang untuk merehatkan minda," kata Encik Mohammad Nabil, 27 tahun, yang bekerja dalam perkhidmatan awam.



Namun, ada juga yang masih teragak-agak untuk melawat negara lain buat masa kini kerana masih rasa kurang selamat.



Penolong pengurus bidang perniagaan, Encik Mohd Naser Ahmad, berkata:



"Buat sementara waktu ini, kami akan tunggu dan lihat dulu... sejujurnya saya rindu juga Koswe, tapi kalau untuk bercuti, saya agak keberatan mahu naik pesawat untuk ke KL." - Laporan tambahan oleh Harith Mustaffa dan Nur Syuhrah Hassan




Laporan lanjut: SIA tambah penerbangan VTL, luaskan pilihan bagi pelancong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >