Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan bagi lesen khidmat kereta sewa swasta dibuka 13 Mac

Mar 09, 2017 | 11:10 AM



PEMANDU bagi khidmat kereta sewa swasta boleh memohon lesen vokasional mulai Isnin ini (13 Mac), menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Pemohon perlu menghadiri kursus 10 jam untuk layak mendapatkan lesen vokasional sewa pemandu kereta swasta.

Mereka juga mesti memiliki lesen memandu Kelas 3/3A yang sah bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya dua tahun, menurut LTA dalam satu kenyataan pada Khamis (9 Mac).

Semua pemohon perlu menjalani pemeriksaan perubatan, dan tertakluk kepada pemeriksaan latar belakang. Bayaran $40 dikenakan.

Pemandu yang ada di

Pemandu kereta sewa swasta yang menghantar permohonan ke LTA sebelum 30 Jun diberi masa sehingga satu tahun untuk menghadiri dan lulus kursus.

"Bagi memudahkan peralihan kepada pelesenan vokasional baru, mereka boleh terus menyediakan khidmat sewa kereta persendirian semasa tempoh peralihan selama setahun," kata LTA.

Mereka yang terlepas tarikh akhir 30 Jun perlu mendapatkan lesen vokasional sebelum mereka boleh menyediakan khidmat sewa kereta persendirian.

Warga Singapura kini boleh memohon lesen sebagai pemandu yang bekerja sendiri.

Sebelum ini, mereka terpaksa memandu bagi syarikat yang menyediakan khidmat memandu atau pemilik berdaftar perniagaan khidmat memandu.

Penduduk tetap Singaprua dan pemegang pas kerja asing mesti menjadi pekerja syarikat yang menyediakan khidmat memandu untuk layak mendapatkan lesen vokasional.

Pemandu yang sudah mempunyai lesen vokasional pemandu teksi boleh memandu kedua-dua teksi dan kereta sewa persendirian. Mereka tidak perlu memohon lesen baru.

Pemandu kereta sewa swasta perlu memaparkan penanda bukti di bahagian depan dan belakang cermin depan kereta sewa peribadi mereka mulai 1 Julai.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.lta.gov.sg/content/ltaweb/en/public-transport.html atau hubungi LTA di 1800-2255 582.

Maklumat lanjut mengenai kursus boleh diperolehi daripada Akademi Teksi Singapura di 6472-7351 atau daripada www.taxi.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >