Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan bagi Pilihan Raya Khas Presiden bermula 1 Jun

May 31, 2017 | 05:51 PM



BAKAL calon boleh memohon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden Khas pertama Singapura mulai Khamis (1 Jun).

Pilihan Raya Khas yang dijadual pada September ini diperuntuk bagi calon Melayu.

Perubahan pada undang-undang, seperti yang diterbikan dalam warta Pemerintah pada Rabu (31 Mei) , memberi perincian bagaimana pilihan raya ini akan diadakan.

Ini termasuk penggunaan borang baru atau yang telah diubah - yang perlu diserahkan bakal calon - dan prosedur kewangan bagi menentukan ekuiti pemegang saham sesebuah syarikat.

Prosedur ini melaksanakan pindaan Perlembagaan yang diluluskan pada November 2016, bagi memperketat kriteria untuk calon presiden dan pilihan raya khas bagi kumpulan etnik tertentu yang tidak berwakil dalam jawatan itu selama lima tahun berturut-turut.

Permohonan akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan lewat Ogos, memberi bakal calon sekurang-kurangnya 2 1/2 bulan untuk mengumpulkan dokumen yang perlu.

Mereka boleh mendapatkan borang dari pejabat dan laman web Jabatan Pilihan Raya (ELD) dari 1 Jun.

Semua pemohon akan diberitahu sama ada mereka layak bertanding sebelum Hari Penamaan Calon, apabila semua calon berjaya diumumkan.

Dalam pada itu, bakal calon perlu memohon bagi dua sijil untuk pilihan raya ini - sijil kelayakan dan sijil masyarakat yang mengisytiharkan mereka anggota kaum Melayu. Kededua sijil itu perlu untuk bertanding dalam pilihan raya ini.

Calon dari sektor swasta pula perlu menyumbangan kenyataan kewangan mengikut piawaian perakaunan yang diterima, bagi menunjukkan syarikat mereka memiliki sekurang-kurangnya ekuiti pemegang saham $500 juta dalam tempoh tiga tahun terkini syarikat itu dipimpin mereka.

Mereka juga perlu menunjukkan syarikat itu mendapat keuntungan selepas cukai, secara purata, selama mereka memimpin syarikat itu.

Calon juga dituntut membuat pengisytiharaan statutori - yang disertakan sebagai klaus baru dalam kertas pencalonan yang diserahkan mereka - bahawa mereka memahami peranan Presiden sebagaimana ia digariskan oleh Perlembagaan.

Keterangan berkenaan peranan Presiden dimasukkan dalam dokumen ini.

Jika berjaya dicalonkan, borang permohonan calon akan diterbitkan untuk pengamatan awam pada Hari Pencalonan.

Suruhanjaya Perlembagaan, yang mengkaji perubahan kepada presiden dipilih pada 2016, mencadangkan amalan ini untuk tidak menggalakkan bakal calon daripada membesar-besarkan kelayakan mereka dan demi menggalakkan ketelusan.

Juga, bakal calon boleh, secara sukarela, menandatangani perjanjian bahawa mereka akan berkempen dengan cara yang terhormat dan sopan, selaras dengan kedudukan Presiden sebagai Yang Dipertuan Negara dan lambang perpaduan kebangsaan.

Awam akan mendapat tahu pada Hari Penamaan Calon, calon yang menandatangani perjanjian ini.

Bakal calon diberi lebih banyak masa untuk menyerahkan dokumen mereka kerana maklumat yang dituntut adalah kompleks, dan bagi membenarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) lebih banyak masa untuk meneliti dokumen ini.

PEC diketuai oleh pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) Eddie Teo. Ia dianggotai pengerusi Penguasa Undang-undangn Perakaunan dan Korporat Lim Soo Hoon, anggpta Majlis Presiden bagi Hak Minoriti Profesor Chan Heng Chee, anggota Majlis Penasihat Presiden Po'ad Shaik Abu Bakar Mattar, Hakim Rayuan Tay Yong Kwang dan Encik Peter Seah, anggota dari sektor privet yang dilantik oleh Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >