Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan bantuan habuan makanan Jamiyah naik 90%

Apr 13, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN keluarga yang meminta bantuan daripada Bank Makanan Jamiyah telah meningkat sekitar 90 peratus sejak Disember 2019.



Namun Jamiyah Singapura telah berjaya mengumpul makanan yang mencukupi untuk meneruskan program agihan habuan mereka yang diadakan setiap dua bulan, kata pertubuhan itu.



Ini termasuk menerusi usaha terbaru Jamiyah yang mengadakan acara mengumpulkan barangan makanan daripada penyumbang pada 21 Mac lalu.



Seramai 28 keluarga telah menerima habuan makanan daripada Jamiyah Singapura pada Jumaat lalu di Bank Makanan Singapura (Food Bank), 9 Tannery Lane.



Pengagihan habuan itu dirasmikan oleh Anggota Parlimen (AP) MacPherson, Cik Tin Pei Ling.



"Makanan sangat penting dalam masyarakat kita dan saya bersyukur dengan usaha Jamiyah kerana mengamalkan pengagihan habuan makanan ini terutama ketika menghadapi cabaran pandemik ini.



"Jamiyah mempunyai peranan penting dalam masyarakat, bukan sahaja dari segi pengagihan makanan tetapi juga memaparkan keihsanan manusia," ujar Cik Tin dalam ucapannya Jumaat lalu.



Penerima mendapat habuan makanan bernilai sekitar $120 yang merangkumi makanan keperluan asas seperti biskut, mi (bihun dan mi segera), sardin dalam tin, susu pekat, tomato dalam tin, kopi, bijirin oat dan minyak masak.



Mereka juga menerima habuan wang daripada seorang dermawan Jamiyah Singapura.



Menurut salah satu penerima, Encik Mohammad Hafiz bin Ma'mor, 35 tahun, beliau dan keluarganya telah menerima habuan makanan daripada Jamiyah sejak setahun lalu.



"Kami sangat bersyukur kerana dapat bantuan habuan ini dan ia sangat membantu keluarga kami. Dengan penerimaan tambahan angbao kali ini, ia juga dapat membantu lebih dari segi perbelanjaan," ujar bapa empat anak itu.



Dengan peningkatan jumlah keluarga yang meminta bantuan, Pengarah Jabatan Pendekatan dan Pembangunan Masyarakat (CODD) Jamiyah, Encik Abdul Halim Aliman, melahirkan harapan untuk lebih memperbaiki program pengagihan makanan tersebut.



"Kami merancang melakukan tinjauan bagi lebih memahami keperluan keluarga-keluarga yang dibantu, agar dapat memberi bantuan lebih khas untuk mereka.



"Ini supaya bantuan habuan kami lebih bermanfaat kepada para penerima. Kami harap kami dapat memperbaiki sebelum akhir tahun ini," katanya.



Beliau menambah bahawa mereka mengalu-alukan bantuan bagi sesiapa yang ingin mendermakan makanan atau menyumbang kepada dana Bank Makanan Jamiyah untuk mencapai sasaran mengumpul barang makanan yang mencukupi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >