Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan Biasiswa Kenangan Lim Kim San dibuka

Feb 24, 2020 | 04:18 PM



PERMOHONAN bagi Biasiswa Kenangan Lim Kim San Yayasan Singapore Press Holdings (SPH) 2020 kini dibuka.


Biasiswa itu bagi pelajar yang mengambil jurusan ijazah bahasa dan kemanusiaan sepenuh masa di universiti setempat.


Antara lain, anugerah biasiswa itu termasuk yuran kursus penuh tidak termasuk tuisyen dan peperiksaan, elaun kehidupan $2,000 setahun dan elaun buku $300 setahun.


Ia dibuka kepada semua warga Singapura dengan pendapatan bulanan keluarga $5,000 atau rendah.


Pemohon juga perlu mendapat keputusan baik dalam peperiksaan tahunan di universiti setempat atau keputusan politeknik atau GCE peringkat 'O' dan 'A' yang baik.


Semua permohonan harus dibuat selewat-lewatnya 6 petang pada 3 April 2020.


Permohonan boleh dibuat melalui pos ke The Manager, Singapore Press Holdings Foundation, 1000 Toa Payoh North, Singapore 318994, atau e-mel ke sphfdn@sph.com.sg.


Sesi temu duga dengan calon yang dipilih akan dijalankan pada Mei.


Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman https://www.sphfoundation.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >