Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan geran Dana Eko SG dibuka

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam mengundang permohonan geran pertama Dana Eko SG berjumlah $50 juta, yang akan digunakan bagi memupuk pemilikan dan tindakan masyarakat serta individu yang lebih besar terhadap kemampanan alam sekitar di negara ini.



Dana itu boleh dimanfaatkan oleh orang ramai dan sektor awam serta swasta, dan bertujuan menyokong projek melibatkan masyarakat serta memajukan kemampanan alam sekitar.



Ia merangkumi projek dalam pelbagai bidang, termasuk mitigasi perubahan iklim, pengurangan sisa dan pemuliharaan alam sekitar serta biodiversiti.



Permohonan ditutup pada 31 Januari 2021. Ia diumum di majlis penghargaan bagi kempen sepanjang tahun MSE, 2020: Kisah Makanan Singapura, semalam.



Kempen itu dilancarkan Februari lalu di tengah-tengah kebimbangan tentang gangguan rantaian bekalan global dek pandemik Covid-19 dan kesan jangka panjang perubahan iklim terhadap ketahanan pembekalan makanan Singapura.



Demi memastikan bekalan makanan selamat, pelbagai dan terjamin bagi negara ini, beberapa inisiatif dilancarkan tahun ini bagi meningkatkan pengeluaran makanan tempatan.



Antaranya, Agensi Makanan Singapura (SFA) April lalu melancarkan permohonan geran 30x30 Express untuk menyokong pertumbuhan perusahaan pertanian makanan tempatan dan mempercepat peningkatan pengeluaran makanan tempatan dalam tempoh enam hingga 24 bulan.



Dana berjumlah hampir $40 juta diberi kepada sembilan syarikat di sini.



Pada Mei, SFA melancarkan tender bagi penyewaan sembilan bumbung tempat letak kereta bertingkat bagi kegunaan pertanian bandar.



Bulan lalu, ia mengumumkan rancangan induk kawasan Lim Chu Kang bagi mewujudkan kelompok pertanian makanan berteknologi tinggi, sekali gus menjana peluang pekerjaan baru dalam sektor itu.



MSE juga bekerjasama dengan rakan kerja privet dan awam bagi meningkatkan kesedaran mempunyai bekalan makanan berdaya tahan.



Di majlis semalam, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata sedang Singapura berusaha muncul lebih teguh daripada krisis Covid-19, ia akan terus membangunkan sektor agri-makanan secara mampan, dan menjana peluang perniagaan serta pekerjaan dalam industri itu.



Beliau menggesa industri dan masyarakat memanfaatkan Dana Eko SG, dan menerajui inisiatif bagi sebuah Singapura yang lebih hijau.



Laporan lanjut: Firma Jerman bakal buka ladang bertingkat tertutup dengan pusat R&D di Changi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >