Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan kumpulan antihukuman mati batalkan perintah Pofma ditolak: MHA

May 30, 2023 | 05:19 PM



PERMOHONAN kumpulan penyokong antihukuman mati, Transformative Justice Collective, untuk membatalkan arahan pembetulan yang dikeluarkan kepada kumpulan itu pada 19 Mei 2023 di bawah undang-undang berita palsu telah ditolak.

Permohonan itu ditolak Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Selasa.

Kumpulan itu telah membuat kenyataan palsu dalam catatan Facebook pada 23 April 2023 mengenai hukuman mati yang dijatuhkan kepada Tangaraju Suppiah yang disabitkan kesalahan mengedar dadah.

Pada 19 Mei 2023, kumpulan itu diperintahkan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk memasukkan notis pembetulan di bahagian atas catatan Facebooknya.

Notis pembetulan tersebut menyatakan bahawa catatan itu mengandungi pernyataan palsu dan juga pautan ke artikel yang betul berdasarkan fakta.

Kumpulan itu juga diarah membuat catatan Facebook baru mengenai notis pembetulan itu.

“Syarat untuk mengeluarkan arahan pembetulan telah dipenuhi,” kata kenyataan MHA, yang menambah bahawa kumpulan itu telah dimaklumkan mengenai pembatalan pemohonan.

Beberapa aktivis dan laman web, termasuk wartawan bebas Kirsten Han dan laman web The Online Citizen Asia, juga diperintah membuat pembetulan ke atas artikel dan siaran media sosial mereka yang mengandungi kenyataan palsu mengenai pelaksanaan hukuman mati Tangaraju.


Tangaraju, seorang warga Singapura berusia 46 tahun, dihukum gantung pada 26 April 2023, selepas disabitkan pada 2018 kerana bersubahat mengedar 1,017.9 gram ganja, lebih dua kali ganda jumlah bagi hukuman ambang.

Aktivis antihukuman mati telah berkempen menentang hukuman gantung Tangaraju, mendakwa dalam artikel dalam talian, temu bual dan siaran media sosial bahawa dia telah disabitkan secara tidak adil. Dakwaan tersebut disangkal MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >