Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan perjalanan SG-M'sia atas sebab ihsan dibuka

May 11, 2021 | 05:30 AM



PERMOHONAN bagi perjalanan antara Singapura dengan Malaysia atas sebab-sebab ihsan antara Singapura dengan Malasysia kini dibuka, seminggu sebelum sistem rasmi yang membenarkan pergerakan sedemikian dilancarkan.



Sejak semalam, orang ramai dari kededua negara boleh memohon perjalanan merentas sempadan untuk melawat ahli keluarga atas sebab kecemasan sakit tenat atau kematian.



Hanya dua pelawat setiap kes dibenarkan, kata Jabatan Imigresen Malaysia dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura.



Pelawat yang diluluskan ke Singapura akan perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan untuk masuk, termasuk notis jangan keluar rumah dan ujian Co vid-19.



"Pegawai kami akan memudahkan aturan bagi pelawat untuk membuat lawatan pendek dan selamat ke kemudahan perubatan dan/atau tempat pengebumian, bergantung pada dasar kesihatan yang lazim mentadbir kunjungan tersebut," kata ICA di laman webnya.



Permohonan boleh dibuat di laman web itu melalui borang pertanyaan dalam talian.



Semua pemohon akan perlu mengemukakan dokumen seperti bukti kematian ahli keluarga terdekat, surat doktor untuk menyokong kes sakit tenat, dokumen untuk membuktikan hubungan keluarga dan salinan laman biodata pasport mereka.



Begitu juga bagi mereka di sini yang mahu melawat ahli keluarga di Malaysia.



Mereka harus memohon dalam talian di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mengemukakan dokumen berkenaan.



Mereka juga harus menjalani ujian swab dan boleh meneruskan aturan perjalanan mereka sekiranya keputusan ujian bagi Covid-19 mereka adalah negatif.



Awal bulan ini, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan pelaksanaan aturan untuk sebab-sebab ihsan antara Singapura dengan Malaysia akan dibenarkan mulai 17 Mei.



Dr Balakrishnan telah mengatakan bahawa langkah itu adalah penting kerana "hubungan luas" yang dimiliki oleh kededua negara.



Kededua negara buat masa ini mengalami kenaikan kes Covid-19, dan mempertingkatkan langkah-langkah untuk mengurangi penularan virus dalam masyarakat mereka.



Sejak Sabtu lalu, Singapura memperketatkan sekatan pada perhimpunan sosial dan acara sehingga Jun.



Malaysia semalam melarang pergerakan rentas daerah dan antara negeri tanpa keizinan daripada polis selama empat minggu sehingga 6 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >