Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan TAA kini dibuka

Jan 23, 2021 | 05:30 AM



PERMOHONAN bagi Dana Tabung Amal Aidilfitri (TAA) mula dibuka hari ini.



Menurut kenyataan pertubuhan itu, pemohon boleh mengambil borang di 11 tempat yang dikhususkan serata Singapura.



Antaranya, pejabat TAA di Tanjong Katong Complex; Pejabat PPIS di Blok 1 Eunos Crescent; PPIS Vista Sakinah di Blok 549 Woodlands Drive 44; Kelab Masyarakat Kampong Glam di 385 Beach Road; dan di Masjid Ar-Rabitah di 601 Tiong Bahru Road.



Seorang jurucakap TAA berkata pihaknya menjangkakan lebih ramai pemohon kali pertama tahun ini.



"Kami menjangkakan ada peningkatan daripada jumlah bilangan pemohon kali pertama ekoran keadaan yang tidak menentu sekarang," ujarnya.



Tahun lalu, TAA mengagihkan sebanyak $1.15 juta daripada Dana Aidilfitri kepada 3,300 penerima.



Setiap penerima mendapat $350 seorang.



"Kami juga berharap untuk mengagihkan jumlah yang sama buat Dana Aidilfitri tahun ini.



"Jumlah pengagihan yang akan diterima setiap pemohon akan kami beritahu pada bulan Ramadan kelak," kata jurucakap itu lagi.



Permohonan ini dibuka kepada mereka yang memiliki kad pengenalan Singapura berwarna merah jambu atau biru.



Hanya seorang pemohon daripada keluarga yang tinggal serumah dibenarkan untuk memohon.



Pemohon juga hendaklah berusia 29 tahun ke atas.



Selain itu, permohonan boleh dibuat bagi isi rumah yang pendapatan per kapita (PCI) tidak melebihi $500 dan/atau jumlah pendapatan keluarga serumah tidak melebihi $1,500.



Status permohonan akan diberitahu pada bulan Ramadan.



Permohonan akan ditutup dalam masa dua minggu iaitu pada 6 Februari.



Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi TAA di talian 6748-8177 atau di laman www.taa.org.sg/apply.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >