Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan Terry Xu batalkan perintah Pofma ditolak: MHA

May 22, 2023 | 06:44 PM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negari (MHA) berkata pada Isnin bahawa Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-undang, Encik K Shanmugam, telah menolak permohonan Encik Terry Xu untuk membatalkan arahan pembetulan yang dikeluarkan kepadanya pada 7 Mei di bawah undang-undang berita palsu.

Encik Xu, penerbit laman web The Online Citizen Asia (Toca), pada 30 April menyiarkan dakwaan palsu terhadap polis berhubung insiden di Yishun Avenue 5 yang berlaku pada Mei 2021.

Pegawai polis telah memberi respons kepada laporan tentang seorang wanita tua yang kelihatan sesat dan tidak memakai pelitupnya ketika itu.

Pada 7 Mei, Toca dan Encik Xu diperintahkan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk menyiarkan pembetulan pada artikel dalam talian dan siaran media sosial mengenai kejadian itu.

MHA dalam satu kenyataan berkata: “Syarat untuk mengeluarkan arahan pembetulan telah dipenuhi dan permohonan itu tidak mendedahkan sebarang alasan sebaliknya.

“Setelah mempertimbangkan permohonan itu dengan teliti, Menteri Ehwal Dalam Negeri telah memutuskan untuk menolaknya. Encik Xu telah dimaklumkan tentang penolakan itu.”

Encik Xu telah diberi arahan yang memerlukannya meletakkan notis pembetulan di bahagian atas catatan Facebooknya, menyatakan bahawa pos itu mengandungi kenyataan palsu, bersama-sama dengan pautan ke artikel di laman web pemerintah, Factually, yang menyatakan fakta yang betul.

Beliau juga diarahkan untuk menyiarkan notis pembetulan itu sebagai catatan baru di laman Facebooknya.

Encik Shanmugam telah mengarahkan Pejabat Pofma untuk mengeluarkan arahan pembetulan kepada Encik Xu dan Toca, lapor The Straits Times.


Perintah itu adalah berkaitan dengan pos Facebook Encik Xu pada 30 April, artikel Toca di laman webnya pada 2 Mei dan pos Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn Toca pada 2 Mei yang merujuk artikel Toca.

Dakwaan itu serupa dengan yang terdapat dalam artikel mengenai kejadian tersebut pada 2021 oleh laman The Online Citizen (TOC) yang kini tidak lagi berfungsi.

TOC telah mendakwa bahawa pegawai polis yang terlibat telah mencemuh dan menegur wanita tua itu kerana tidak memakai pelitup pada tempoh awal pandemik Covid-19.

Dalam kenyataannya di laman web Factually, MHA berkata dakwaan yang dibuat oleh Encik Xu dan Toca bahawa pihak berkuasa telah memutar belitkan fakta boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap Pasukan Polis Singapura.

“Sumber polis lebih baik digunakan untuk menghalang dan menyelesaikan jenayah dan untuk membantu orang awam, terutamanya anggota yang terdedah seperti wanita tua itu, daripada menangani tuduhan tidak berasas tersebut berulang kali.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >