Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Permohonan tiket NDP, pranonton dilancar 29 Mei

Pemberian tiket dilakukan menerusi kaedah undian
May 26, 2023 | 03:24 PM



PERMOHONAN bagi tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 berserta pranontonnya di Padang akan bermula 12 tengah hari, 29 Mei ini.

Acara NDP akan dibuka kepada semua warga Singapura dan Penduduk Tetap dan permohonan akan diproses menerusi sistem undian, kata Jawatankuasa Eksekutif (Exco) NDP 2023.

Setiap pemohon yang layak boleh membuat permohonan bagi hanya satu daripada tiga pertunjukan NDP yang dijadualkan, iaitu acara utama pada 9 Ogos dan pertunjukan pranonton pada 22 dan 29 Julai.

Tempat acara di Padang itu, boleh menampung sehingga 27,000 orang.

Permohonan boleh dilakukan menerusi laman: www.ndp.gov.sg atau dengan mengisi borang permohonan menerusi kod QR yang dilengkapkan di laman itu.

Tempoh permohonan akan tamat pada tengah hari 12 Jun.

Setiap pemohon boleh membuat tempahan bagi hanya satu set sebanyak dua, empat atau enam tiket bagi acara yang terpilih.

Mereka hanya diperuntuk satu peluang undian.

Hanya permohonan terkini akan dianggap sebagai permohonan final dan permohonan dilakukan terdahulu tidak akan diterima.

Setiap tiket hanya mengizinkan kemasukan satu penonton sahaja.

Kanak-kanak, termasuk bayi yang perlu didukung perlu mempunyai tiket sendiri yang sah sebelum dibenarkan masuk.

Mereka yang berjaya mendapatkan tiket akan menerima notifikasi antara 23 dengan 28 Jun, menerusi e-mel peribadi yang diguna bagi permohonan itu.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan tiket menerusi laman NDP itu dengan mengisi butiran nombor kad pengenalan (NRIC), alamat e-mel dan nombor kontak dalam satu borang.

Exco NDP menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mengisi borang tidak sah.

Selepas selesai mengisi borang itu, pemohon akan menerima notifikasi menerusi e-mel yang digunakan.

Pemohon digalak menggunakan e-mel peribadi supaya notifikasi itu tidak disalurkan ke ruang e-mel sampah atau spam secara automatik.


Tiket bagi hari perbarisan 9 Ogos dan pranonton pertama dan kedua tidak boleh dijual.

Mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Selain acara perbarisan dan previu juga terdapat pesta kejiranan NDP pada hujung minggu 5 dan 6 Ogos di lima stadium tempatan.

Pada Khamis, Exco NDP berkata butiran berkenaan cara mendapat tiket bagi pesta tersebut akan diumumkan kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >