Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permudah pelanggan buat banyak pesanan

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



Penjaja tidak perlu sedia ‘duit kecik’ dengan e-pembayaran



HIDANGAN nasi ayam di gerai makanan Putri Hana dipelbagaikan dan kini menjual aneka jenis nasi ayam seperti nasi ayam madu, nasi ayam lada hitam, nasi ayam sambal Bali, ayam geprek sambil ijo dan ayam geprek sambal terasi.



Gerai makanan di Pusat Makanan Ayer Rajah ini turut menjual mi Hong Kong, aneka jenis nasi goreng dan hidangan sayur chap chye.



Menurut Cik Rokiah Hamzah, 64 tahun, penjaja generasi kedua, ia asalnya ditubuhkan oleh ibu bapanya – Cik Zainah Muhammad Kadir, 80 tahun, dan Allahyarham Encik Hamzah Hosman, 41 tahun lalu pada 1980.



Adik Cik Rokiah, Cik Rohana Hamzah, 59 tahun, berserta suami adiknya itu, Encik Kasman Abu Hassan, 62 tahun, kemudian mengambil alih tugas memasak dan mengurus gerai.



Cik Rokiah awalnya mula bekerja sambilan di gerai makanan ini sekitar 1995.



Pada tahun lalu, beliau mula memasak sepenuh masa apabila adiknya menjalani pembedahan kaki, manakala Encik Kasman masih menguruskan gerai makanan tersebut.



Mengulas tentang aneka jenis nasi ayam yang disediakan di gerai Putri Hana, Cik Rokiah, ibu empat anak berusia antara 19 tahun dengan 40 tahun, berkata:



“Kami mahu memberi kelainan pada hidangan nasi ayam. Maka, kami cuba masak beberapa jenis hidangan ayam dengan aneka jenis sambal dan sejauh ini, antara hidangan nasi ayam popular dalam kalangan pelanggan ialah nasi ayam sambal Bali.”



Nasi ayam sambal Bali adalah hidangan nasi ayam yang dimakan bersama lauk ayam yang digoreng dengan sambal Bali.



Tatkala keadaan pandemik koronavirus, Cik Rokiah akur penjualan makanan di gerainya berkurangan.



Mujurlah, gerai makanannya telah bekerjasama dengan syarikat penghantaran makanan Grab dan Foodpanda sejak dua tahun lalu.



Melalui khidmat syarikat penghantaran makanan tersebut, pelanggan sekurang-kurangnya dapat memesan makanan dari gerai makanannya semasa tempoh Pemutus Litar pada tahun lalu, kata Cik Rokiah.



Kini, gerai makanan tersebut turut menawarkan khidmat e-pembayaran melalui kaedah Kod Respons Pantas Singapura (SGQR) sejak tahun lalu.



Bagi membuat bayaran, pelanggan perlu log masuk ke aplikasi skim bayaran pilihan mereka, mengimbas kod SGQR yang dipaparkan di gerai itu dan membuat bayaran.



“Dengan adanya e-pembayaran SGQR ini, ia senang buat kami. Kami tidak perlu sediakan ‘duit kecik’ (syiling atau wang kertas nilai kecil). Ia juga senang kalau pelanggan ada banyak pesanan kerana dia boleh bayar melalui e-pembayaran SGQR,” kata Cik Rokiah.



Gerai makanan Putri Hana dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang, enam hari seminggu.




Ramai pelanggan pilih GrabPay, OCBC PayAnyone



NASI beriani ayam dan daging kambing yang dihidangkan dengan kuah dalca dan acar ialah antara juadah paling popular di gerai makanan India, Badriya Indian Muslim Food.



Gerai makanan ini terletak di sebuah kedai kopi di Blok 496, Jurong West Street 41.



Menurut penjaja generasi kedua, Encik Munawwar Abdullah, 26 tahun, yang mengurus gerai ini bersama bapanya, Encik Abdullah Mohamed, pelanggan akan beratur untuk membeli nasi beriani mereka.



Hidangan nasi beriani juga biasanya habis dijual sebelum 6 petang.



“Kami juga mengambil tempahan katering untuk nasi beriani kami, biasanya pada hujung minggu,” ujar Encik Munawwar yang membantu bapanya mengurus gerai makanan sejak beliau berusia awal 20-an tahun.



Selain nasi beriani, gerai makanan ini menjual aneka jenis makanan India lain seperti mi goreng, nasi goreng, roti perata, murtabak dan rojak.



Gerai makanan Badriya Indian Muslim Food ditubuhkan sejak 14 tahun lalu oleh Encik Abdullah bersama seorang rakan perniagaan.



“Bapa saya suka masak. Jadi, beliau dan rakannya membuka gerai makanan 14 tahun lalu,” kata Encik Munawwar.



Bagi memelihara mutu makanan, gerai makanan ini mempunyai seorang ketua tukang masak dan bapanya akan menyelianya, kata Encik Munawwar.



Bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati makanan dari gerai makanan Badriya Indian Muslim Food, mereka telah bekerjasama dengan syarikat penghantaran makanan Grab sejak dua tahun lalu.



Menurut Encik Munawwar, ia agak mencabar semasa tempoh Pemutus Litar akibat pandemik koronavirus Covid-19.



Biarpun penjualan mereka agak terjejas, bapa Encik Abdullah telah membantu menyediakan sehingga 400 hidangan pada setiap hari untuk pekerja migran bagi projek ‘Wok The Talk’ anjuran YMCA semasa bulan Ramadan pada April tahun lalu.



Kini, penjualan makanan di gerai ini kian kembali seperti biasa.



Bagi mencuba menarik pelanggan, gerai makanan ini kini menawarkan khidmat e-pembayaran melalui kaedah Kod Respons Pantas Singapura (SGQR).



“Kami mendapat respons baik daripada pelanggan dan ramai memilih membayar melalui GrabPay dan OCBC PayAnyone,” kata Encik Munawwar.



Melalui kaedah e-pembayaran SGQR, ia juga memudahkan pelanggannya membeli lebih makanan tanpa khuatir tentang ketiadaan wang tunai.



“Ia juga senang buat kami kerana kami tidak perlu bimbang tentang memulangkan duit syiling atau wang kertas nilai kecil, berbanding apabila pelanggan membayar melalui wang tunai,” kata Encik Munawwar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >