Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pernah jadi kontraktor dengan 30 pekerja

Feb 17, 2019 | 05:30 AM



ENCIK Mohd Rafi Abdul Ghafar kelihatannya seperti penjaja biasa yang melayan pelanggan yang datang dan pergi di gerainya, Maimon Nasi Padang, di Pusat Penjaja Serangoon Garden.



Tetapi, apabila menyingkap tabir kehidupannya, beliau bukan calang-calang orangnya - pernah menjadi kontraktor cat-mengecat rumah dengan 30 pekerja.



Malah, beliau juga pernah mengelolakan sebuah restoran nasi padang seluas 8,000 kaki persegi di Tuas South dengan sewa yang bermula hanya $1,500 sebulan tetapi dinaikkan kepada lebih $7,000 sebulan.



"Sebagai kontraktor, memang dulu saya hidup mewah. Bayangkan macam mana majunya perniagaan saya sehingga saya mampu menggajikan 30 pekerja tetapi saya beralih angin dengan membuka restoran nasi padang selepas beberapa tahun kemudian.



"Perniagaan nasi padang saya juga maju tetapi apabila sewa dinaikkan kepada lebih $7,000 sebulan saya tutup kedai kerana tak tahan sewa terlalu tinggi.



"Saya juga pernah buka kedai nasi padang di Mid View City di Sin Ming tetapi terpaksa tutup kedai selepas berniaga lebih tiga tahun setengah apabila sewa dinaikkan daripada $7,000 sebulan kepada $18,000 sebulan.



"Saya, dari sejak umur 17 tahun dah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan usaha sendiri. Ketika itu saya tolong emak jual nasi di gerainya di tapak projek bangunan Hock Lam dekat Peninsula Plaza.



"Masa remaja saya juga pernah kerja pasang karpet di bangunan-bangunan komersial dengan pendapatan $1,500 sebulan. Pada umur macam itu saya dah dapat gaji sebanyak itu,'' tambah Encik Rafi, 55 tahun, dan ayah seorang anak, yang juga pernah menjual ikan di sebuah pasar di Tampines.



Menurutnya, darah berniaga memang mengalir di tubuhnya dan kerana banyak bercampur dengan masyarakat Cina dan India, beliau fasih bertutur bahasa Mandarin, loghat Teochew dan Hokian serta Tamil.



Mengenai perniagaan nasi padang yang telah menjangkau lebih 20 tahun, Encik Rafi menyatakan gerainya di pusat penjaja Serangoon Garden sekarang mendapat sambutan menggalakkan sejak dibuka dua setengah tahun lalu.



"Alhamdulillah saya masih boleh bertahan dan yang penting perniagaan saya berkat dan dah usia begini dah boleh relaks sikit!'' tambahnya yang menutup gerainya setiap Isnin dan Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >