Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pernah jadi mangsa godam, kini mahu jadi pakar keselamatan siber

Bakal mulakan pengajian bidang kejuruteraan komputer di NTU; antara 66 pelajar terima Biasiswa Suruhanjaya Khidmat Awam
Jul 21, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Muhammad Syahiran Mohd Azlan mula berminat dalam bidang keselamatan siber setelah menjadi mangsa penggodaman ketika berada di sekolah menengah beberapa tahun lalu.



Menyifatkannya sebagai "kejadian yang membuka mata", beliau berkata insiden itu turut mendorongnya ambil tahu bagaimana penggodam dapat 'menggodeh' akaun media sosialnya.



"Saya tidak melakukan apa-apa yang merbahaya dengan akaun saya tetapi ada orang telah berjaya menggodamnya. Ini membuat saya ingin tahu lebih mendalam tentang penggodaman dan keselamatan siber," kata Encik Syahiran, 22 tahun.



Justeru selepas tamat pengajian sekolah menengah, beliau melanjutkan pengajian di Politeknik Nanyang (NYP) dalam jurusan keselamatan siber dan forensik.



Di sana, beliau telah menubuhkan sebuah kelab bernama NYP InfoSec untuk pelajar yang berminat meneroka dan mengasah kemahiran mengenai keselamatan siber mereka.



Kumpulan itu kini mempunyai sekitar 30 anggota dan membolehkan pelajar mengongsi sumber dan mengambil bahagian dalam pertandingan.



Encik Syahiran kini sedang menjalani perkhidmatan negara (NS) tetapi setelah selesai nanti bulan depan, beliau akan memulakan pengajian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam bidang kejuruteraan komputer.



Beliau antara 66 pelajar yang menerima Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) daripada Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di satu majlis semalam.



Anak bongsu dalam keluarga tiga beradik itu berkata beliau agak gembira dan terkejut mendapat tahu bahawa beliau dipilih menerima biasiswa berprestij itu.



Biasiswa tersebut akan membiayai yuran sepanjang tempoh pengajiannya selama empat tahun dan beliau akan perlu bekerja dalam sektor perkhidmatan awam buat beberapa tahun selepas itu.



Encik Syahiran berkata walaupun beliau meminati bidang keselamatan siber, beliau memutuskan untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan kejuruteraan komputer kerana inginkan sesuatu yang lebih luas skopnya. Namun akhirnya beliau mahu mendalami keselamatan siber dan bekerja dalam bidang itu.



"Bagi saya, keselamatan siber adalah sesuatu yang semua orang perlu ada pengetahuan, lebih-lebih lagi dengan teknologi moden kini semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan kita," katanya yang ibunya seorang suri rumah dan bapanya bekerja dalam bidang huraian dan pengurusan teknologi maklumat.



"Saya mahu mempunyai set kemahiran berkaitan keselamatan siber, bukan untuk saya lakukan benda-benda yang tidak elok, tetapi untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan digital. Jika saya disuruh menguji sesebuah sistem dan jika saya dapat menemui kelemahannya, saya rasa itu akan memberi saya satu kepuasan," tambahnya.



Encik Syahiran berkata biasiswa PSC itu mempunyai komponen di mana beliau dapat berpeluang memburu minatnya dalam keselamatan siber, dan beliau kemudian merancang bekerja di agensi pemerintah seperti Agensi Keselamatan Siber (CSA) atau Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH).




"Bagi saya, keselamatan siber adalah sesuatu yang semua orang perlu ada pengetahuan, lebih-lebih lagi dengan teknologi moden kini semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan kita... Jika saya disuruh menguji sesebuah sistem dan jika saya dapat menemui kelemahannya, saya rasa itu akan memberi saya satu kepuasan."
- Encik Muhammad Syahiran Mohd Azlan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >