Pernah kerja di SG, lelaki radikal dijel di M'sia, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pernah kerja di SG, lelaki radikal dijel di M'sia

Apr 17, 2021 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki 34 tahun, yang menjadi radikal dan dihantar pulang dari Singapura ke Malaysia tahun lalu, telah dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun kelmarin kerana memiliki barangan yang mempunyai kaitan dengan ISIS.

Mohd Firdaus Kamal Intdzam, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Singapura, didakwa atas enam tuduhan kerana memiliki barangan berkaitan dengan kumpulan pengganas itu termasuk dua kad memori, bendera, empat buku dan telefon bimbit.

Dia melakukan kesalahan itu di dewan ketibaan Kompleks Kuarantin, Imigrasi dan Kastam di Bangunan Sultan Iskandar dekat Johor Bahru pada 5 Ogos tahun lalu.

Rakyat Malaysia itu mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

"Walaupun sebab yang diberikan tertuduh adalah bersifat peribadi, pihak pendakwa raya bersetuju bahawa mahkamah juga harus menimbangkan keseriusan kesalahan ini," kata Timbalan Pendakwa Raya Sarah Khalilah Abdul Rahman yang ditukil sebagai berkata oleh agensi berita Bernama, lapor The Straits Times.

Discover Malay Home Based Businesses

"Terutamanya bagi kesalahan berkaitan pengganasan, mahkamah perlu mengambil kira notis kehakiman ancaman berterusan ISIS dan kumpulan pengganasan lain di dalam dan sekitar rantau."

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap tuduhan yang harus dijalaninya serentak.

Firdaus, yang tidak diwakili di mahkamah, ditangkap pihak berkuasa Singapura pada Julai tahun lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudian dihantar pulang ke Malaysia.

Dia telah merancang ke Syria bersama isterinya, seorang warga Singapura, untuk menyertai ISIS.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura pada Februari lalu berkata isterinya, 34 tahun, seorang guru agama yang menjadi radikal kerana pengaruh suaminya, dan mahu mengikutnya ke Syria, telah dikenakan Arahan Sekatan (RO) selama dua tahun.

Pentauliahannya untuk mengajar juga telah digantung.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map