Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Perniagaan dari rumah: Kenyataan bersama MTI, MEWR, HDB dan URA

Apr 25, 2020 | 10:29 PM

Berikut kenyataan bersama Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam satu jawapan e-mel kepada Berita Harian pada malam Sabtu (25 April), mengenai peraturan perniagaan dari rumah.
 
“Seperti yang dijelaskan oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian pada 21 April 2020, ada keperluan untuk mengurangkan penularan Covid-19 dengan mengehadkan pergerakan dan interaksi.
 
“Dalam tempoh pemutus litar, perniagaan dari rumah di perumahan awam dan privet hanya boleh beroperasi jika semua kriteria dalam garis pandu Kementerian Kesihatan dan peruntukan terbaru di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) 2020 dipenuhi.
 
“Sebagai contoh, perniagaan harus beroperasi hanya dalam talian, tanpa memerlukan pemilik perniagaan dan kakitangan untuk meninggalkan kediaman masing-masing.
 
“Perniagaan ini juga tidak boleh melibatkan mana-mana pelawat / pelanggan / perkhidmatan penghantaran pihak ketiga di premis mereka untuk mengambil dan / atau menghantar barangan.
 
“Sekiranya ciri-ciri perniagaan dari rumah itu tidak memenuhi peraturan yang ditetapkan, maka ia perlu berhenti beroperasi. Ini termasuk perniagaan makanan dan minuman dari rumah.
 
“Agensi penguatkuasaan akan mengambil tindakan tegas terhadap ketidakpatuhan. Pesalah kali pertama akan dikeluarkan denda sebanyak $1,000, dan pesalah berulang akan menghadapi denda lebih tinggi atau dakwaan di mahkamah.”

Sementara itu, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa relevan untuk membantu peniaga makanan dari rumah yang terjejas oleh langkah jarak sosial ketat dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 itu.

Baca kenyataan DPPMS di sini: https://www.facebook.com/BeritaHarianSG/posts/2911265145629546

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian