Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Perniagaan dari rumah lebih rancak Raya ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perniagaan dari rumah lebih rancak Raya ini

Tempahan lebih banyak walau harga dinaikkan dek kos bahan mentah lebih tinggi
Apr 09, 2022 | 05:30 AM

PERNIAGAAN dari rumah (HBB) yang menjual pelbagai kuih-muih dan kek Hari Raya menikmati permintaan tinggi daripada pelanggan mereka Aidilfitri ini.

Ini meskipun sesetengah mereka terpaksa menaikkan harga produk mereka disebabkan harga bahan mentah yang meningkat.

Malah, beberapa HBB memberitahu Berita Harian mereka terpaksa berhenti menerima tempahan awal, dengan pelanggan yang menempah jumlah lebih banyak tahun ini.

Ini kerana mereka menjangka sambutan Aidilfitri lebih meriah tahun ini selepas pelonggaran beberapa sekatan Covid-19 di dalam negara, termasuk membenarkan hingga 10 orang berkumpul.

Keadaan ini berbeza daripada pada 2020 ketika Ramadan dan Syawal jatuh di tengah-tengah tempoh pemutus litar jangkitan untuk membendung penularan Covid-19.

Meskipun pandemik Covid-19 lebih terkawal sekitar Ramadan dan Syawal lalu, beberapa HBB ketika itu mendapati pelanggan mereka tetap berhati-hati membuat tempahan dek ketidakpastian yang mendorong sesetengah orang menyambut Hari Raya secara lebih sederhana.

Antara HBB yang telah berhenti menerima tempahan bagi Hari Raya ini ialah Kass.Octavia kendalian Cik Kassamanda Octavia Kaswan yang menjual kek brownie dan pod brownie.

"Alhamdulillah... kalau dulu ada banyak sekatan, sekarang orang ramai mungkin rasa lebih lega dan tidak teragak-agak membuat tempahan," ujarnya, 34 tahun.

Kebanyakan pelanggan Cik Kassamanda merupakan pelanggan tetap.

Dengan harga bahan mentah meningkat, beliau juga sedang mempertimbang menaikkan harga produknya dan yakin pelanggan akan memahami jika beliau melakukan demikian.

Menurut pemilik jenama Beardy Bakes by BeardyHulk, yang menghasilkan kek suji pelbagai perisa, Encik Abdul Bari Mohamed Abu Bakar, beliau menaikkan harga produknya antara 10 dengan 15 peratus disebabkan harga mentega, telur dan barang lain telah meningkat.

Harga penghantaran juga bertambah sedang syarikat logistik menaikkan harga yang mereka kenakan, tambahnya.

Sesetengah HBB, seperti Queensbake kendalian Cik Siti Norafidah Mohd Mislan, menaikkan harga produk mereka tahun lalu.

"Saya dapat meramalkan harga bahan akan bertambah disebabkan pandemik ini dan keadaan ekonomi.

"Syukur, pelanggan tetap kami memahami dan terus menyokong kami," ujarnya, sambil menambah bahawa beliau tidak akan menaikkan lagi harga produknya buat masa ini.

Namun bagi sesetengah HBB, seperti Manis En Zo, yang menjual hidangan fusion Melayu-Belanda seperti snek dan kek, kendalian Cik Sofea Marsidah Musa dan suaminya, Encik Peter Vendel, mereka memilih tidak menaikkan harga buat masa ini

Ini walaupun mereka juga berdepan kos lebih tinggi akibat harga bahan mentah dan logistik bertambah.

"Margin keuntungan kami menjadi lebih rendah kebelakangan ini tapi kami memutuskan untuk mengekalkan harga produk kami kerana kami tidak mahu menjadi kurang menarik kepada pelanggan.

"Sebagai HBB, kami pun menghadapi persaingan, termasuk daripada kedai dan bazar di Geylang Serai yang dibuka semula tahun ini dan orang ramai sekarang mempunyai lebih banyak pilihan untuk berbelanja di luar," ujar Encik Vendel, 46 tahun, yang berasal dari Belanda dan bekerja dalam industri marin.

Namun, tambahnya, HBB mempunyai keistimewaan tersendiri dengan menyajikan hidangan bermutu tinggi dari dapur rumah mereka sendiri.

Oleh itu, beliau berharap pelonggaran sekatan Covid-19, dengan lebih ramai orang boleh berkumpul Hari Raya ini berbanding tahun lalu dan tahun sebelumnya, akan mendorong lebih ramai orang membeli daripada HBB juga.

"Menjangka permintaan lebih tinggi tahun ini, kami juga telah membuat persiapan untuk menghasilkan jumlah produk lebih banyak, antara lain dengan menyiapkan ruang simpanan lebih besar," ujar Encik Vendel.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3