Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN M’SIA

Pernikahan pasangan SG-M'sia terpaksa ditangguh

Mar 20, 2020 | 05:30 AM



HARI pernikahan yang sepatutnya berlangsung dua minggu depan sudah lama dinanti-nantikan pasangan Encik Shaik Izzul Mujahid Shaik Hussain, warga Singapura dan Cik Siti Nasuha Abdullah, warga Malaysia.



Manakan tidak.



Bakal mempelai ini perlu sentiasa berjauhan, dan hanya bersua muka tiga kali sahaja sejak mereka berkenalan Julai lalu memandangkan perjalanan menerusi darat ke Kedah, kediaman Cik Nasuha, makan masa sembilan jam lamanya bagi Encik Izzul.



Namun, rancangan mahu mendirikan rumah tangga tergendala akibat perkembangan Covid-19 di kedua-dua negara Singapura dan Malaysia.



Dengan hati yang berat, pasangan ini terpaksa membuat keputusan sukar iaitu menangguhkan akad nikah serta majlis sanding mereka.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Izzul, 23 tahun, berkata:



"Saya sedih sangat, dan ini memang satu ujian. Proses nak bernikah dengan warga asing sudah cukup rumit, tetapi keadaan bertambah lagi rumit dengan langkah-langkah yang ditetapkan disebabkan perkembangan Covid-19."



Cik Nasuha, 22 tahun, yang bekerja dalam bidang penjahitan meluahkan perasaan serupa namun berkata keputusan menangguhkan pernikahan adalah suatu yang perlu kerana keadaan sekarang belum stabil.



Menurut Encik Izzul, mereka sepatutnya bernikah di Singapura pada 4 April akan datang, dan menghantar dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) pada 1 April.



Walaupun perintah kawalan pergerakan Malaysia sepatutnya berakhir pada 31 Mac, pengumuman terkini bahawa tempoh itu mungkin dipanjangkan menimbulkan banyak ketidakpastian sama ada mereka dapat meneruskan pernikahan ataupun tidak.



Dalam pada itu, penerbangan Cik Nasuha pada 30 Mac juga terpaksa dibatalkan ekoran perintah tersebut.



Namun, kata putus dicapai apabila Singapura mengenakan notis duduk di rumah (SHN) selama 14 hari bagi semua pengunjung yang datang ke negara ini.



"Ini mendatangkan kesukaran buat keluarga tunang saya memandangkan masing-masing mempunyai komitmen kerja dan isu kesihatan berada di Singapura buat tempoh sebegitu lama," ujar Encik Izzul yang merupakan pegawai unit sumber perhubungan korporat.



Menurut Encik Izzul, ini bermakna mereka perlu mengulang proses permohonan dan penyerahan dokumen.



Ketika ditanya mengenai majlis sanding yang sepatutnya berlangsung di Kedah, Cik Nasuha berkata:



"Majlis sanding kena tengok keadaan. Apabila keadaan virus ini makin stabil, baru kita tetapkan hari."



Disebabkan tempoh ini penuh ketidakpastian, pasangan itu belum juga menetapkan tarikh untuk akad nikah buat masa ini.



"Sejujurnya, saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang ajaib berlaku supaya saya dan tunang saya dapat bernikah tapi saya reda... Lebih daripada itu, saya harap semua jaga kesihatan dan pandang serius pandemik ini. Bagi yang terjejas, semoga Allah meringankan kesukaran yang dihadapi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >