Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perokok: Sukar buang tabiat, walau harga rokok naik

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



ROKOK biasa dan rokok elektronik (e-rokok) menjadi 'santapan' beliau hampir setiap hari.



Encik Raihan Ali (bukan nama sebenar) akan bertukar-tukar antara rokok biasa dan juga vape.



"Saya gunakan vape 'disposable' (pakai buang) apabila mahu mendapatkan rasa buah-buahan, namun selalunya saya akan menghisap rokok biasa.



"Saya juga akan gunakan vape apabila kehabisan rokok dan belum sempat membelinya," kata beliau.



Encik Raihan, 36 tahun, yang mula merokok ketika usianya, 16 tahun, telah diperkenalkan dengan vape sekitar empat tahun yang lalu.



Menurutnya, beliau akan mendapatkan vape dari seberang Tambak atau dari wadah dalam talian. Ini meskipun beliau tahu ia adalah satu kesalahan.



Hukumannya denda hingga $2,000 boleh dikenakan kepada sesiapa yang didapati memiliki, membeli atau mengunakan vape dan aksesori berkaitan dengannya.



E-rokok dilarang di sini sejak 1 Februari 2018 tetapi kepopularannya semakin meningkat di Singapura sejak sekatan gerakan akibat Covid-19 pada 2020 di sebalik penggunaan rokok yang berkurangan di dunia.



Ia boleh dibeli dan dijual di Internet, dalam media sosial dan menggunakan aplikasi mesej privet, menurut satu laporan The Straits Times (ST).



Menurut satu tinjauan yang dilakukan sebelum ini, beberapa laman yang mempunyai nombor telefon Malaysia menjual pakej vape bermula dari harga $30.



Dengan kenaikan cukai produk tembakau, Encik Raihan berkata beliau mungkin akan beralih kepada vape dan akan menghisap rokok jika terdapat keinginan.



"Rokok pun sudah naik harga, jadi saya perlu mencari kaedah lain untuk menjimat," katanya.



Walaupun tabiat merokok ini sukar untuk dilepaskan bagi kebanyakan perokok, bagi Profesor Dr Kassey Kalleichelven, beliau membuang tabiat ini kerana bimbang akan tahap kesihatannya dan juga keluarga.



Pensyarah kanan di sebuah institusi swasta berusia 59 tahun itu berkata pada usianya kini, beliau perlu mengutamakan kesihatan dan kecergasannya.



"Saya mahu sentiasa kelihatan sihat dan cergas dan disebabkan itu saya buang tabiat merokok lebih 15 tahun yang lalu," katanya yang mula merokok sejak berusia 18 tahun.



Beliau turut berkongsi bahawa beliau akan merokok satu kotak setiap hari sebelum ini.



Dengan adanya e-rokok dan vape, Dr Kalleichelven akur beliau bimbang ianya akan menghambat usaha pemerintah untuk tidak menggalakkan merokok, terutama di kalangan golongan muda.



"Hampir setiap hari, ketika saya memandu, saya akan lihat penunggang motosikal atau pemandu menggunakan vape ketika berhenti di lampu isyarat.



"Saya amat mengalu-alukan lebih banyak tindakan penguatkuasaan terhadap vape dan perdagangan haram, dan untuk perubahan positif dalam masyarakat kita," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >