Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perompak lari dari mahkamah ditangkap semula

Sep 19, 2019 | 08:57 PM



 





SEORANG perompak yang melarikan diri awal minggu ini semasa waktu rehat di mahkamah telah ditangkap dan dibawa balik ke mahkamah hari ini (19 September).



Visvanathan Vadivelu, yang diberkas petang semalam (18 September), tidak diberi ikat jamin.



Warga Singapura berumur 50 tahun itu akan dihukum pada 26 September bagi kes rompakan bersenjata, dua pertuduhan menggunakan dadah dan satu pertuduhan memiliki dadah - tertuduh telah mengaku bersalah bagi jenayah tersebut awal tahun ini.



Menurut The Straits Times (ST), Visvanathan sepatutnya dihukum pada Selasa lalu tapi semasa perbicaraan, dia memberitahu Hakim Daerah Kan Shuk Weng bahawa dia ingin menarik balik pengakuannya bagi semua tuduhan kecuali memiliki dadah.



Apabila Hakim Kan bertanya mengapa Visvanathan mahu menarik balik permohonannya, dia menjawab bahawa dia mempunyai “masalah mental”.



Dia juga berkata bahawa peguamnya Encik A. Revi Shanker,tidak “berminat” dalam isu ini.



Hakim kemudian memanggil Encik Revi ke ruang sidang. Tetapi apabila peguam itu tiba kira-kira 15 minit kemudian, Visvanathan tidak dapat ditemui.



Hakim Kan kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Visvanathan.



Rompakan bersenjata dilaporkan berlaku di sebuah stesen minyak Shell di Upper Bukit Timah Road pada 31 Julai 2017,.



Dalam kejadian itu, Visvanathan menggunakan pisau dapur untuk mengugut seorang juruwang berusia 22 tahun sebelum melarikan diri dengan $1,000.



Dia ditangkap empat jam kemudian.



Dia didakwa di mahkamah dan diikat jamin tetapi polis menangkapnya sekali lagi pada 15 September 2017, kerana disyaki terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah.



Visvanathan ditemui dengan satu paket bahan serbuk yang kemudian didapati mengandungi diamorphine atau heroin asli.



Air kencingnya juga menunjukkan kesan dadah tersebut dan juga methamphetamine, atau Ice.



Pesalah yang disabitkan dengan rompakan bersenjata boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan diberi sekurang-kurangnya 12 kali sebatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >