Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpaduan di atas kejadian Sekolah Tinggi River Valley papar semangat bersatu warga S'pura: Chan Chun Sing sempena Hari Keharmonian Kaum

Jul 21, 2021 | 04:31 PM



DI dalam suasana berkabung pembunuhan yang didakwa berlaku ke atas seorang pelajar 13 tahun di Sekolah Tinggi River Valley, beberapa kumpulan keagamaan tampil mendoakan kesejahteraan pelajar sekolah itu, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing pada Rabu (21 Julai).



"Gerak langkah perpaduan, mengatasi kaum dan agama, menyinarkan cahaya kepada negara kita dalam tempoh kegelapan. Semua ini menggambarkan persefahaman yang wujud bahawa sebelum segalanya, kita adalah rakyat Singapura," tulis Encik Chan dalam pos Facebook bagi meraikan Hari Keharmonian Kaum di Singapura.



Sekolah, kumpulan kemasyarakatan dan ahli politik lain juga menulis catatan di media sosial bagi memperingati 21 Julai, tarikh yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (MOE) sejak 1998 bagi mengingatkan pelajar tentang rusuhan kaum 1964 dan kepentingan keharmonian kaum.



Rusuhan tersebut menyebabkan kematian 36 orang dan kecederaan buat 556 individu.



Encik Chan berkata identiti berbilang kaum yang dikongsi ini bukan mengenai budaya kaum minoriti yang digolongkan oleh budaya kaum majoriti.



"Tiada yang membabitkan kita mengetepikan identiti kita sendiri. Sebaliknya, ia adalah mengenai usaha membangun identiti yang memandang ke depan dan dikongsi berdasarkan sekumpulan nilai yang biasa dengan asasnya kekal disematkan dalam identiti kita yang kaya dan rencam," jelas Encik Chan.



Menteri Kedua Pendidikan, Dr Maliki Osman, menukil himpunan doa pengetua St Joseph's Institution, Reverend Father Dr Adrian Danker, sebagai satu contoh sekolah dan masyarakat bersatu hati dalam perpaduan membawa ketenangan  buat satu sama lain.



"Sambutan Hari Keharmonian Kaum tahun ini agak sepi dan suram buat pelajar dan sekolah kita tetapi gerak langkah dan sokongan yang diberi adalah bukti kita mempunyai terlalu banyak persamaan daripada perbezaan serta sering terdapat lebih banyak perkara yang menyatukan daripada memisahkan kita," kata Dr Maliki lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >