Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpustakaan Awam Choa Chu Kang berwajah baru beri gambaran pustaka 'akan datang'

Oct 27, 2021 | 09:02 PM



PERPUSTAKAAN Awam Choa Chu Kang yang dibuka semula buat orang awam esok (28 Oktober) memberi gambaran mengenai wajah perpustakaan akan datang.



Dengan tema '(Re)connect With Nature' (Hubungi Semula Alam Semesta), perpustakaan ini adalah yang pertama di Singapura dibina sekitar konsep kemampanan.



Pengunjung akan menikmati taman tertutup, bilik hidroponik serta peralatan pembelajaran digital baru seperti penstriman langsung alam sekitar dan maklumat terkini daripada Dana Hidupan Liar Sedunia Singapura. Ciri-ciri ini bertujuan memupuk kesedaran ramai tentang kehidupan mampan dan isu sekitaran.



Perpustakaan ini bertempat di tingkat empat dan lima pusat beli-belah Lot 1 di Choa Chu Kang. Ia melalui proses ubah elok selama dua tahun untuk menjadi "perpustakaan generasi selanjutnya" yang ketujuh sebagaimana tertera dalam Rangka Tindakan Perpustakaan dan Arkib 2025 (LAB25), Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).



Rangka tindakan ini adalah pelan induk NLB bagi memperkemas khidmat perpustakaan dan arkib.



Perpustakaan yang diberi wajah baru itu boleh dibanggakan dengan adanya jejak pembelajaran realiti terimbuh (AR), di mana pengunjung boleh melalui kandungan imersif dengan mengimbas kod QR sekitar perpustakaan dengan menggunakan telefon bimbit mereka.



Dalam ucapannya kepada pengunjung pada acara pembukaan semula perpustakaan pada Rabu (27 Oktober), Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata perpustakaan memainkan peranan penting dalam masyarakat dengan membolehkan orang awam meraih ilmu dan mempelajari tentang budaya berbeza.



"Dengan perubahan pesat masyarakat, perpustakaan kita juga sudah berubah dan bertukar bagi memenuhi keperluan dan minat warga Singapura yang berubah," jelas Cik Teo.



Sejak 2017, NLB telah memberi wajah baru dan membuka semula enam perpustakaan - Library  @  HarbourFront, Perpustakaan Awam Sengkang, Perpustakaan Awam Bukit Panjang, Perpustakaan Awam Bedok, Perpustakaan Serantau Tampines dan Perpustakaan Awam Yishun.



Cik Teo berkata cabaran bagi NLB adalah mencari cara baru untuk merakam semangat masa kini dan aspirasi masyarakat.



Merujuk pada warisan berkebun dan taman alam semesta Choa Chu Kang, Cik Teo berkata bahawa pada masa silam, pengunjung hanya boleh melihat gambar untuk mempelajari tentang rusa 'samba' atau kegiatan menoreh getah pada abad ke-19.



"Kini dengan jejak pembelajaran AR, orang ramai boleh mendekati (kegiatan atau haiwan ini) dan mempelajari cara yang mereka mungkin belum alami sebelum ini," kata Cik Teo. 



Pengurus Perpustakaan Awam Choa Chu Kang, Cik Jollene Shu, berkata beliau berharap ruang yang diubah elok itu akan mengubah bentuk pemikiran orang awam tentang perpustakaan.



"Perpustakaan adalah tempat belajar. Kami mahu pengunjung belajar dalam ruang ini serta menerusi ciri-ciri seperti tembok masyarakat yang memaparkan sejarah pertanian Choa Chu Kang," katanya.



Penolong Ketua Eksekutif Kumpulan Arkib dan Perpustakaan NLB, Cik Catherine Lau, pula berkata pihaknya mengambil pendekatan lebih eksperimental dengan pelan induk LAB25.



"Apa yang kami cuba lakukan kali ini adalah memanggil rakan kerjasama dengan pemikiran sehala agar mereka dapat menyertai NLB dalam usaha mewujudkan dan mencuba idea baru.



"Salah satu komponen utama LAB25 adalah membangun pasar pembelajaran di mana kita boleh menggunakan teknologi bagi membantu memperkukuh pengalaman belajar buat pengunjung," tambahnya.



Cik Lau turut berkongsi tentang perpustakaan serantau akan datang di Punggol yang dijangka dibuka pada 2022. Ia adalah yang pertama memaparkan khidmat bersepadu buat golongan kurang upaya dan dibina dengan tema inklusiviti.



"Bagi setiap perpustakaan baru kami, kami cuba mempunyai fokus yang unik buat masyarakat," ujar Cik Lau.



Cik Shu pula berkata beliau dan pasukannya akan mendekati orang awam dan mendengar maklum balas mereka mengenai cara memperbaiki perpustakaan di sini.



"Tidak mungkin akan ada perpustakaan serba sempurna kerana keadaan berubah selepas beberapa tahun mendatang dengan anda perlu memenuhi keperluan masyarakat," tambah Cik Lau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >