Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Perpustakaan awam sediakan 'pondok' kenangan bersama Encik Lee

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perpustakaan awam sediakan 'pondok' kenangan bersama Encik Lee

Mar 23, 2015 | 04:34 PM

ORANG ramai boleh memberikan penghargaan dan mencatatkan kenangan manis mereka bersama Encik Lee Kuan Yew di 25 perpustakaan awam di sini, kata satu kenyataan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) hari ini, Isnin.

Pondok-pondok memori akan didirikan di setiap perpustakaaan itu mulai Rabu ini hingga 22 April depan.

Satu pameran pilihan buku-buku mengenai mendiang Lee juga akan diadakan.

Perpustakaan akan dibuka daripada 10 pagi hingga 9 malam, melainkan perpustakaan yang terletak di pusat-pusat membeli-belah, yang dibuka dari 11 pagi hingga 9 malam.

Orang ramai juga boleh mengunjungi Projek Memori Singapura di www.singaporememory.sg dan laman Facebook irememberSG di www.facebook.com/irememberSG untuk memberi penghargaan mereka.

Mulai Rabu hingga 22 April juga, sebuah pameran tentang detik-detik penting kehidupan Encik Lee dan tukilan-tukilan inspirasi daripada beliau juga akan diadakan di lobi Bangunan Perpustakaan Negara di 100, Victoria Street.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3