Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpustakaan S'pura jalani aturan periksa status vaksinasi Covid-19

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai dilihat beratur di luar perpustakaan pada hari pertama langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) mula dilaksanakan di perpustakaan semalam.



Di luar Perpustakaan Awam Bishan, sebuah kaunter telah disediakan di pintu masuk perpustakaan itu supaya kakitangan dapat menyemak status vaksinasi pengunjung.



Seramai 20 orang telah beratur untuk memasuki perpustakaan itu pada 10 pagi.



Ini bermakna setibanya di perpustakaan, pengunjung perlu menunjukkan pas hijau SafeEntry setelah mengimbas kod QR kepada kakitangan untuk membuktikan mereka sudah divaksinasi sepenuhnya atau lulus status Covid-19.



Antara pengunjung pertama dalam barisan itu ialah seorang suri rumah yang ingin dikenali hanya sebagai Cik Chan dan anaknya, Binnie, berusia 11 tahun.



Bercakap kepada akhbar The Straits Times, Cik Chan berkata:



"Selalunya saya daftar masuk secara berkumpulan dengan anak saya. Saya tidak pasti jika mereka lakukan semakan lanjut di perpustakaan, tetapi anak saya telah membawa kad ez-linknya.



"Memandangkan cuti sekolah telah bermula minggu lepas, ada baiknya anak saya dapat ke perpustakaan untuk membaca dari duduk di rumah sahaja."



Binnie seorang murid darjah lima dari Sekolah Rendah Kuo Chuan Presbyterian yang telah mengunjungi perpustakaan tersebut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sejak berusia dua tahun.



Langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi telah dilanjutkan kepada Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).



Hanya pengunjung sudah divaksinasi sepenuhnya; pesakit yang sudah pulih Covid-19; mereka yang tidak layak menerima vaksin; dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan masuk di kawasan yang memerlukan langkah pengurusan berdasarkan status vaksinasi.



Namun bagi bulan ini, individu yang belum divaksinasi masih boleh mengunjungi perpustakaan tetapi harus menunjukkan hasil ujian pra-acara negatif.



Tetapi ini tidak dibolehkan bermula 1 Januari.



Ini bermakna bagi mereka yang belum divaksinasi, mereka hanya boleh meminjam buku jika membuat tempahan dan harus mengambil barang mereka di tempat yang telah diperuntukkan di perpustakaan awam.



NLB berkata minggu lalu bahawa tempat mengembalikan buku dan lokar tempahan terletak di luar perpustakaan dan boleh diakses tanpa masuk.



Keperluan bagi saluran yang selamat untuk orang ramai kekal aktif dan memperbaharui ikatan sosial mereka juga melihat Persatuan Rakyat (PA) merintis penyambungan semula beberapa kelas dan aktiviti untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas yang sudah divaksinasi sepenuhnya sejak 1 November lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >