Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RAPAT HARI KEBANGSAAN

Persahabatan 'istimewa', saling bantu satu sama lain

Aug 30, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Mohammed Khairul dan Encik Toh Ah Chye berlainan kaum tetapi ini tidak menghalang mereka daripada berkawan rapat dan membantu satu sama lain.



Mengongsi kisah persahabatan istimewa ini dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Encik Khairul telah membantu Encik Toh pergi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 baru-baru ini.



Encik Toh perlukan bantuan kerana beliau mengalami strok dua tahun lalu.



Sebaik mendapat tahu tentang keadaan Encik Toh, Encik Khairul menawarkan diri untuk membawa Encik Toh ke Kelab Masyarakat (CC) untuk menerima vaksinasinya.



"Kini mereka telah menjadi rakan baik, dan meluangkan masa bersama apabila Encik Toh pergi bersenam di Pusat Kegiatan Warga Emas," kata Encik Lee.



Beliau berkata pemerintah sedang membuat penyesuaian teliti untuk mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Singapura dalam keadaan baik.



"Pendekatan ini telah berjalan dengan baik untuk kita selama bertahun-tahun.



"Dan kita harus raikan apa yang ia telah capai: sebuah negara yang benar-benar berbilang kaum, berbilang agama, di mana banyak interaksi yang mengharukan berlaku setiap hari," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >