Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

Persaingan untuk rebut takhta SPL sambung selepas cuti 'dua minggu'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Persaingan untuk rebut takhta SPL sambung selepas cuti 'dua minggu'

Sep 10, 2021 | 05:30 AM

LIGA Perdana Singapura (SPL) muncul lagi esok selepas 'cuti' dua minggu bagi perlawanan antarabangsa.

Jurang di puncak liga kini amat sengit dengan hanya lima mata memisahkan gergasi Albirex Niigata dan Lion City Sailors.

Juara bertahan Albirex ingin terus menakluk liga dan memburu kesemua tiga mata apabila berdepan dengan Geylang International di Stadium Jurong East esok.

Anak didik Keiji Shigetomi bersemangat untuk mengakhiri musim ini sebagai juara dan memasuki perlawanan ini dengan prestasi cemerlang. Mereka telah memenangi empat dari perlawanan mereka di liga sebelum ini.

Rekod mereka menentang Geylang juga baik dan kali terakhir mereka kalah di tangan pasukan itu adalah pada 2019.

Bagi Geylang pula, mereka ingin cuba mengubah nasib dan memperbaiki permainan pertahan mereka. Meskipun penyerang mereka telah menyumbangkan beberapa gol dalam lima perlawanan sebelum ini, bek pertahanan Geylang gagal untuk mempertahankan gawang daripada dibolosi bagi perlawanan itu. Namun, jurulatih Noor Ali tidak patah semangat dan berharap penjaga gawang baru Zaiful Nizam dapat membantu bek pertahanan skuad itu.

Zaiful telah menyertai Geylang baru-baru ini setelah kontraknya ditamatkan Balestier Khalsa apabila bekas kapten berusia 32 tahun itu enggan memasuki perlawanan menentang Young Lions pada 14 Ogos lalu.

Dalam perlawanan lain, tempat ketiga Hougang United pula akan berdepan dengan tempat keempat Tampines Rovers di Stadium Hougang esok.

Hougang memasuki perlawanan ini dengan prestasi baik dan tidak pernah kalah di tangan Tampines dalam empat pertemuan sebelum ini.

Mereka juga ingin cuba mengulangi persembahan hebat mereka pada 4 Mac lalu di mana Hougang membolos gawang Tampines dengan lima gol. Hougang berharap penjaring terbanyak liga musim Tomoyuki Doi dapat terus menyumbangkan gol dalam perlawanan itu nanti.

Bagi Tampines pula, mereka akan cuba mengubah nasib mereka setelah gagal memenangi 11 perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Pastinya, jurulatih Gavin Lee ingin cuba sedaya upaya untuk mendapatkan taktik yang tepat untuk mengatasi Hougang dalam perlawanan itu nanti.

Gavin juga berharap skuad beliau dapat mengakhiri musim ini dengan baik meskipun mengecewakan dalam kempen Liga Juara Asia (ACL) di Uzbekistan dan skuad itu dilanda dengan beberapa kes positif Covid-19.

Balestier Khalsa pula akan berdepan dengan Tanjong Pagar di Stadium Toa Payoh pada Ahad nanti. Balestier berharap dapat bangkit setelah kalah dalam perlawanan bersama Albirex 4-0 akhir bulan lalu. Namun, Tanjong Pagar semakin menyinar baru-baru ini dengan beberapa prestasi cemerlang di liga.

Young Lions pula akan mendapat ujian sengit apabila berdepan dengan Lion City Sailors di Stadium Jalan Besar pada Ahad nanti. Meskipun berada di tangga terakhir liga, anak didik Phillipe Aw tidak gentar setelah mendapat kemenangan ketiga mereka dalam perlawanan bersama Geylang (3-2) sebelum ini.

Namun, tekad skuad Sailors untuk tidak menyerah kalah dalam buruan juara SPL pada akhir-akhir perlawanan musim ini mampu menjadi perbezaan dalam perlawanan itu nanti.


PERLAWANAN MINGGU INI

Esok, 5.30 petang
Albirex Niigata lwn Geylang International, Stadium Jurong East
Hougang United lwn Tampines Rovers , Stadium Hougang

Ahad, 5.30 petang
Balestier Khalsa lwn Tanjong Pagar United, Stadium Toa Payoh
Young Lions lwn Lion City Sailors, Stadium Jalan Besar

* Siaran langsung perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3