Persatuan Ain agih $45,000 habuan Raya, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Persatuan Ain agih $45,000 habuan Raya

Presiden Halimah galak lebih banyak badan tingkat usaha dekati lebih ramai orang kurang bernasib baik
May 11, 2021 | 05:30 AM

SEBELUM ini beliau seorang kanak-kanak periang serta aktif, dan bola sepak antara sukan kegemarannya.

Namun, kehidupan Shahas Sharil berubah dengan mendadak setelah dia disahkan menghidap barah otak pada usia 11 tahun.

Shahas, 12 tahun, kini pergi ke mana-mana menggunakan kerusi roda dan pertuturannya juga terjejas.

"Pada permulaannya, kami dapati perjalannya tidak normal, selalu juga dia terlanggar benda, dan apabila dia hendak letak pinggan di atas meja, ia akan jatuh ke lantai.

"Waktu itu kami sekeluarga sangka dia hanya penat selepas sekolah, namun apabila dia sering sakit kepala, kami mengambil keputusan membawanya berjumpa doktor," kata ibu Shahas, Cik Hassanah, 44 tahun.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ibu empat anak berusia antara sembilan hingga 17 tahun itu berkata doktor menasihatkan bahawa Shahas perlu dirawat dengan segera kerana keadaannya amat serius dan boleh membawa maut.

"Kami reda dengan takdir ini dan hanya mahu memastikan Shahas boleh diselamatkan," ujar Cik Hassanah, yang hanya mempunyai satu nama, yang perlu menjaga anak ketiganya itu sepenuh masa.

Dengan kos penjagaan Shahas memakan belanja hampir $400 sebulan, tidak termasuk kos rawatan, Cik Hassanah bersyukur anaknya itu mendapat bantuan daripada badan-badan bantuan setempat, seperti Persatuan Ain.

Shahas antara lebih 400 pesakit barah yang menerima habuan bantuan Hari Raya daripada Persatuan Ain tahun ini.

Habuan duit Raya, barang dapur, beras dan kuih Raya sumbangan syarikat korporat serta penderma individu itu disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob kepada sembilan benefisiari semasa kunjungan beliau ke Pusat Jagaan Barah Serenity Persatuan Ain di Haig Road semalam.

Mengulas tentang kunjungannya itu di Facebook, Puan Halimah, yang juga merupakan penaung Persatuan Ain, menggalak lebih banyak pertubuhan kebajikan sukarela meningkatkan lagi usaha mereka mendekati lebih ramai orang kurang bernasib baik, terutama yang mungkin tidak menyedari mengenai pertolongan yang wujud dalam masyarakat.

"Dengan perubahan demografi benefisiari dan kemajuan teknologi, mereka juga harus terus mencari cara kreatif untuk mengatur program dan inisiatif relevan yang akan membantu pemulihan mereka dan juga memberi motivasi agar mereka berusaha mencapai impian mereka," kata Puan Halimah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail, berkata jumlah habuan Hari Raya tahun ini lebih tinggi daripada tahun lalu.

Tahun ini, Persatuan Ain mengagihkan $45,000 kepada penerima Habuan Aidilfitri, berbanding $30,500 tahun lalu.

Secara keseluruhan $81,000, termasuk dana bantuan Covid-19, diagih oleh Persatuan Ain kepada penerima bantuannya tahun ini.

Mengenai rancangan masa depan Persatuan Ain, Encik Md Yusof berkata: "Sebenarnya kami telah merancang untuk membuka satu lagi cawangan di kawasan utara atau barat kerana kedua-dua pusat kami kini berada di kawasan timur.

"Namun, kami terpaksa menangguhkan rancangan itu disebabkan keadaan sekarang."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map